Selamat Hari Guru buat semua warga guru termasuk ibu ayah yang mana kita semua juga adalah guru pertama anak² 🌹
| Credit source. |
Cantik betul ucapan Hari Guru ni... Ada vibe klasik dan lejen buku tulis ni. Zaman Ummi sekolah rendah dulu buku tulis macam ni la.
Sambutan Hari Guru SRAI tahun ni dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat khusus untuk GB dan kerani sekolah yang terlibat dengan kemalangan jalan raya 2 hari lepas. GB masih di hospital, manakala kerani sekolah dah boleh discharged semalam. Agak suramlah sambutannya bila orang kuat sekolah takde kan.
Walaupun ada orang kata tak payah bagi mug, cikgu² dah banyakkkkk mug. Tapi Ummi berkenan sebab nicely wrapped and decorated. Tak payah susah² balut dah just bagi gini je. Of course letak dalam paper bag la juga kan... Yang soap flower tu pun sama. Dah dalam kotak dan siap ber-reben. Harap cikgu² sukalah dengan hadiah yang tak seberapa ni.
Oh ya, Kakak buat persembahan sempena Hari Guru ni. Dia berlakon jadi guru. Siap pakai name tag nama Balqis :)
Terima kasih cikgu!
Semoga GB cepat sembuh. Meriah juga sambutannya.
ReplyDeleteMoga GB cepat sembuh.
ReplyDeleteSuka lah kakak jadi cikgu tu.
Sedap nama... Cikgu Balqis. Maybe suatu hari nanti betul² jadi cikgu.
Dugaan betul untuk GB dan kerani eh.. semoga cepat sembuh hendaknya
ReplyDeleteBuku Latihan Zaman dulu tulis tangan semua buku sampai letih tangan la....tak buat cop pun macam zaman sekarang.
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh GB dan kerani sekolah...
ReplyDeleteKek tu combination warna dia lawa, walaupun nampak simple je
cantik mug tu.. semoga GB dan kerani cepat sembuh seperti sedia kala...
ReplyDeletecute jer mug tu! memang some teachers terima byk sgt kot mug every year so dh tak de space nak simpan (i guess so)
ReplyDeletesemoga GB dan kerani cepat sembuh...
ReplyDeleteIn shaa Allah apa jua yang hadiah diterima semoga lebih bersemangat di masa akan datang.
Moga cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan buat GB dan kerani di sekolah.
ReplyDeleteCantik mug tu, banyak fungsi mug ni.
Semoga guru besar dan kerani cepat sembuh, sedih pulak mereka tk dpt sambut hari guru.
ReplyDeleteSaya dlu teringin sangat2 nk jadi cikgu, tpi apakan daya. Menyimpang jauh sudaaa hehe
Lawa pulak tengok kek tu. Simple dan kemas.
ReplyDeleteCantik dh tu PH...anak2 mesti bangga bagi kat tangan cikgu
ReplyDeleteMemang cantik packaging mug itu kak. Apapun mug pasti berguna juga. Walau mungkin guru sudah dapat banyak
ReplyDeleteAgak beda tgl hari guru di sana dengan Indonesia yaa. Di sini 25 nov