Friday, 16 May 2025

Sambutan Hari Guru SRAI

Selamat Hari Guru buat semua warga guru termasuk ibu ayah yang mana kita semua juga adalah guru pertama anak² 🌹

Credit source.

Cantik betul ucapan Hari Guru ni... Ada vibe klasik dan lejen buku tulis ni. Zaman Ummi sekolah rendah dulu buku tulis macam ni la. 

Sambutan Hari Guru SRAI tahun ni dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat khusus untuk GB dan kerani sekolah yang terlibat dengan kemalangan jalan raya 2 hari lepas. GB masih di hospital, manakala kerani sekolah dah boleh discharged semalam. Agak suramlah sambutannya bila orang kuat sekolah takde kan. 

Kek hadiah dari PIBG dan sumbangan ibu ayah untuk cikgu². 

Inilah yang Ummi borong dekat market hari tu... 

Walaupun ada orang kata tak payah bagi mug, cikgu² dah banyakkkkk mug. Tapi Ummi berkenan sebab nicely wrapped and decorated. Tak payah susah² balut dah just bagi gini je. Of course letak dalam paper bag la juga kan... Yang soap flower tu pun sama. Dah dalam kotak dan siap ber-reben. Harap cikgu² sukalah dengan hadiah yang tak seberapa ni. 

Oh ya, Kakak buat persembahan sempena Hari Guru ni. Dia berlakon jadi guru. Siap pakai name tag nama Balqis :) 

Terima kasih cikgu! 









13 comments:

  1. Semoga GB cepat sembuh. Meriah juga sambutannya.

    ReplyDelete
  2. Moga GB cepat sembuh.
    Suka lah kakak jadi cikgu tu.
    Sedap nama... Cikgu Balqis. Maybe suatu hari nanti betul² jadi cikgu.

    ReplyDelete
  3. Dugaan betul untuk GB dan kerani eh.. semoga cepat sembuh hendaknya

    ReplyDelete
  4. Buku Latihan Zaman dulu tulis tangan semua buku sampai letih tangan la....tak buat cop pun macam zaman sekarang.

    ReplyDelete
  5. Semoga cepat sembuh GB dan kerani sekolah...
    Kek tu combination warna dia lawa, walaupun nampak simple je

    ReplyDelete
  6. cantik mug tu.. semoga GB dan kerani cepat sembuh seperti sedia kala...

    ReplyDelete
  7. cute jer mug tu! memang some teachers terima byk sgt kot mug every year so dh tak de space nak simpan (i guess so)

    ReplyDelete
  8. semoga GB dan kerani cepat sembuh...
    In shaa Allah apa jua yang hadiah diterima semoga lebih bersemangat di masa akan datang.

    ReplyDelete
  9. Moga cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan buat GB dan kerani di sekolah.

    Cantik mug tu, banyak fungsi mug ni.

    ReplyDelete
  10. Semoga guru besar dan kerani cepat sembuh, sedih pulak mereka tk dpt sambut hari guru.

    Saya dlu teringin sangat2 nk jadi cikgu, tpi apakan daya. Menyimpang jauh sudaaa hehe

    ReplyDelete
  11. Lawa pulak tengok kek tu. Simple dan kemas.

    ReplyDelete
  12. Cantik dh tu PH...anak2 mesti bangga bagi kat tangan cikgu

    ReplyDelete
  13. Memang cantik packaging mug itu kak. Apapun mug pasti berguna juga. Walau mungkin guru sudah dapat banyak

    Agak beda tgl hari guru di sana dengan Indonesia yaa. Di sini 25 nov

    ReplyDelete