Monday, 10 February 2025

Persiapan Sekolah ~ Beli Buku Abang Angah, Kelengkapan Sekolah & Stationery

Tinggal 4-5 hari lagi cuti sekolah berbaki. Minggu terakhir ni kalut dgn pelbagai persiapan. Sekolah Angah baru hari ni koperasi buka untuk beli buku. Abang pula hari Khamis tapi cuba nasib beli hari ni alhamdulillah dapat. Tapi belum semua buku dah ada stoknya. Beli dulu apa yang ada. 

Buku Angah beli semua ikut set, kecuali 4 buku tulis yang masih elok/carry forward dari F1. Mana yang boleh jimat tu, kita jimat. 

Abang pulak jimat banyak kali ni sebab buku tulis senior tinggalkan untuk dia. Senior ni SPM 2023 lagi. Abang simpan elok buku² ni. Buku Modul Cantik tu senior dorm dia (SPM 2024) bagi. Buku tu harga RM18.90, alhamdulillah jimat banyak juga. 

Senarai buku² Abang. 

Buku teks Angah ada beberapa buah yang rosak. Ummi ambil gambar simpan, in case jadi macam Adik hari tu. Ini pun dia kata buku teks Sains F1 hilang. Tanya dia kena ganti ke camne? Katanya kena bayar. Belum setel yang ni 😇

Ummi checked sekali buku² Abang. 
Tak tulis nama ke Abang? 
Ada katanya. 
Dia tulis nama pakai pensel je 😬 

Selesai urusan buku Abang Angah kami ke Mr DIY pula. Beli stationery untuk anak⁴. 

Kemudian ke Canggih Prima SG. 
Rupanya baju sekolah Kakak cuma ada 2 pasang je. Jadi Ummi top up lagi sepasang. Harga baju saja dekat RM30. Kain pun dekat² 30 juga. Buka sekolah nanti Kakak je berbaju baru sebab yang lain² semuanya masih elok. Adik warisi baju Kakak, tapi tudung beli baru. Abang Angah pakaian semua elok lagi, tapi kopiah, songkok tu beli juga baru. Setahun tu berapa kali beli tak tahulah songkok dan kopiah ni 😇

Bab paling tak minat, jahit lencana pun dah selesai :D 

Tinggal sikit² lagilah persiapan yang nak dibuat antaranya gosok baju, balut buku² yg baru dibeli ni itu je lah. 

Semoga dipermudahkan untuk semua 🤲🏻 




14 comments:

  1. Sekejap je masa dah nak buka sekolah ya PH. Bab jahit badge dan nama pada baju sekolah adui memang malas. Pernah jahit dengan mesin, tertindih dengan lengan baju. Kena buka semula, nak nangis rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jahit pakai tangan pun tertindih juga Kak 🤭 Sy ni dah la tak berapa pandai menjahit, bila kena tetas semula tu adoi sakit jiwa haha

      Delete
  2. Sekarang semua lencana jahit kan? Dah takde yang pakai pin tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi Uncle, name tag pengawas pakai pin. Tapi lencana sekolah still kena jahit

      Delete
  3. kejap je kan rasanya PH cuti persekolahan berlalu dah nak masuk sessi baharu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujung2 ni makin terasa cepatnya sekolah dah nak buka Kak Ana :)

      Delete
  4. Ammi settle beli buku si bongsu je. Kyra dan Khilfi terpaksalah redha serahkan tanggungjawab kat anak2 je sbb nak ke sekolah dorang jauhlah pulak. Dah beli nanti silalah tulis nama cecantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya diorg tulislah nama dekat buku² tu Ammi kan. Kdg geram je dengar buku hilanglah apalah padahal sendiri cuai. My children la ni 😇

      Delete
  5. Agaknya kalau saya ada anak, mau saya hantar orang jahitkan lencana tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sorang boleh gagah lagi hantar ke tailor, kalau reramai tu lari bajet juga PU 🫣

      Delete
  6. saya paling tak pandai nak jahit lencana selalu senget,nasib baik skrg dah tak perlu lencana.tapi skrg kena tampal nama pula setiap helai baju&barang..jenuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la, sy pun tak pandai sangat. Itu yg rasa berat je bab jahit lencana ni 😅

      Delete
  7. Selamat kembali ke sekolah buat abang dan angah.
    Belajar rajin2.

    ReplyDelete
  8. Semua orang sibuk prepare hal anak-anak. Cuya di rumah prepare diri sendiri jela baca buku sorang2.. hahahahha
    Doakan Cuya bertemu jodoh yang paling tepat yaa dan dikurniakan zuriat yang soleh solehah :D

    ReplyDelete