Malam tadi surau ada majlis Bacaan Yasin 3x sempena Nisfu Syaaban. Ada kenduri juga.
Alhamdulillah bertambah koleksi buku 7 Surah ni. Yang ni saiz besar, lagi selesa Ummi nak baca. Almaklumlah dah bermata empat 🤭
Ada jamuan surau sediakan selepas solat Isyak.Makan kuah meladong (banjir) macam ni bukan style Ummi. Tak bersusun pulak tu lauk pauknya 🤭 Ada tukang cedoknya, bukan ambil sendiri. Itu yang penuh kuah, penuh sayur tu. Angah bawa balik untuk Ummi. Dia tak makanlah kalau lauk gini. Konsep kenduri di surau ni boleh take away, sebab tempat makan limited. Biasanya geng veteran yang rajin duduk makan bersama.
Dekat rumah Ummi cuma masak Ayam Bakar Madu Adabi dan Masak Lemak Pucuk Paku. Pucuk paku tu beli di Pekan Sehari Temerloh.
Air dari Angah dan Kakak untuk Ummi berbuka 🫰🏻
Bercinta juga nak goreng ye. Masuk dapur pukul 6 camtu, ngam pukul 7 baru siap goreng cucur ni. Tu pun minta tolong Kakak potongkan. Kitanya tak pro wak :p
Apapun alhamdulillah dapatlah tumpang kenduri.
Angah snapped gambar, dia tukang hantar. Makanan berbuka jemaah bawa sendiri, surau sediakan teh tarik halia dengarnya. Lepas Isyak tu baru surau sediakan nasi 👆🏻
Sedekah cucur jagung ke tu? mcm sedap je tu.. nasi campur kuah banjir gitu sy pun x reti nk mkn.. hihi
ReplyDeleteYa allah sedapnya cucur jagung tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteRezeki sempena malam Nisfu Syaaban.
Tahniah, PH menang teka negara yang saya kunjungi.
Jangan lupa emel ke saya nama penuh, alamat dan nombor HP untuk kiriman oleh-oleh kecil dari saya ya. Emel saya salamiez@gmail.com
Alhamdulillah syukur, ada rezeki Sy dari Eropah nampaknya. Terima kasih Kak Amie 🌹
DeleteSama-sama kasih PH.
DeleteSedap sungguh lauk kenduri..SA nampak lauk pucuk paku tu kan...sedapnya....
ReplyDeleteCucur camtu pertama kali jumpa masa belajar kat UUM dulu, ada mak member bawak. Mungkin style utara sebab rasanya mak tak pernah buat.
ReplyDelete