Jom Ummi nak share tempat makan sedap, murah dan ada view yang sangatttt cantik ni, yang kami terjah masa cuti sekolah bulan 12 baru ni.
Dari Gopeng, kami meneruskan perjalanan ke Utara.
Dalam perjalanan Walid suggest singgah lunch di sebuah kedai di Butterworth. Orang tua² di kampung Ummi panggil Bagan :D
Walid 'nampak' Pekin Ibrahim makan di kedai ni... Nampak dalam YouTube channel ye, bukan nampak depan mata :D
Terkejut sbb ala² jambatan Pulau Pinang. Bagan sebelah darat (tanah besar) bukan pulau, awat nak kena naik jambatan pulak 😅 Punyalah lama tak mai area ni, hilang ingatan teruih 😂
Teringat Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) kat KL ni :D
Nampak biasa² saja tapi jangan underestimate humble warung macam ni. Sometimes they serve the best and most delicious food tau!
Terbaiklah Mamu 👍🏻
Tapi tak jadi, sebab 👇🏻
Ummi nampak Kari Ikan Bawal, siap ada teloq lagi!
Dia potong ikan tu sekali dgn teloq, bukan jual asing²... Walah!
Dah amik nasi tu, jom pi cari meja. Kami pilih duduk tepi benteng jadi boleh nampak laut dan ditemani bunyi ombak. Angin pun berpupuk lembut, memang layan sungguhlah orang kata...
Bukan setakat kenyang perut, mata, hati minda semua ikut kenyang.
Ni bukan pantai mandi tapi pantai nelayan kot. Ada yang memancing tu... Ada bot² kecil juga ditambat di benteng ni...
Kalau nak order goreng² dan western food pun boleh, satu tempat dgn nasi kandar ni. Depa pakat menega la kot, share² bayaq sewa sebab kawasan ni lawa.
Angah ambil lauk Ayam Bawang.
Satu tu je lauk dia, sejenis tak pandai makan banyak lauk. Sayur memang a big no la for him.
Adik pula pilih Kari Ayam dan Papadom.
Kakak; Ayam Bawang juga, Telur Dadar & Papadom. Papadom tu sebenarnya ada orang belanja. Depa kata Pakcik tu ambik (siap pek), bayarkan dan bagi depa. Ummi tak perasan sebab tunggu meja.
Semuanya dalam RM60 shj. Air rasanya RM10 je termasuk 2 gelas fresh oren. Alhamdulillah kenyang sangat. Paling penting puashati dengan keenakannya, layanan mesra dan suasana kat sini. Ada rezeki memang nak repeat.
Nasi Kandar Tepi Laut
369, Jalan Pantai Bersih,
Taman Pantai Bersih,
13000 Butterworth,
Pulau Pinang
Waktu Operasi: 12pm - 10 mlm setiap hari.
part view cantik tu memang awesome la!! teringat plak time mkn kat langkawi sambil tgk view laut ;)
ReplyDeleteYes, view mmg ohsem ❤️
DeleteTempatpun Jalan Bersih.
ReplyDeleteMurah ya. Susah jumpa yang semuanya bagus.
Belah² sana byk lagi tempat makan murah² NA
Deletecukup pakej ni semua ada..harga murah tu paling suka
ReplyDeleteBetul Mama Pia, kira murah dan puas hati la dgn apa yg kita ambil, dan bayar tu
Deleteperhhhh pakej lengkap semua ni. view cantik + makan surrrrrrrrrr! syahduuuuunyaaaa~
ReplyDeleteDok nampak bantal je Ana :p
DeleteSA setuju part view memang cantik...harga pun dsangat berbaloi murah kan
ReplyDeleteSesekali bila kita makan di luar Lembah Klang, terasa Ya Allah murahnya, dgn portion yg besar nikmat sungguh SA
DeleteSyok ni, makan nasi kandaq tepi laut.
ReplyDeleteSyok sangat :D
DeleteAlamak, janganlah Pak Inche nampak post ni, hahahaha.
ReplyDeleteEh kita mmg nak seru PI hahaha 😂
DeleteTengah lapar ternampak pula teloq ikan tu PH.....Perghhh sedap....Banyak pulak tu pilihan kat sini ya...
ReplyDeleteYa teloq ikan tu mmg star!
DeleteLa... awat Mrs. A tak tahu ni huhuuuu...baru je balik dari PP amik Aryssa eh! heheheee...
ReplyDeleteAla, sori baru sempat up entry hihi...
DeleteTakpa next time boleh try :D
Bestnyer makan2 tepi laut
ReplyDeleteBest sangat Wak, ada angin dan pemandangan cantik
Delete