Sabtu Ummi Walid pergi wedding kakak Ain, jadi tak masak. Beli je lauk untuk anak³ dari Restoran Sajian Teringin.
Jadi, Ahad Ummi masak sedap² la sikit khususnya utk Abang Angah. Tak seronoklah depa balik Ummi tak masak best². Padahal Jumaat ni nak balik lagi, sebulan dok rumah nanti :)
Ikan ni Ummi beli dekat GBC, kira ada sentimental value jugalah haha...
Tak sempat nak pergi Bumbu Babah. Food court pun kena tutup juga rupanya. Mungkin penyewa baru nak refurbish dan upgrade semua kot... Bagi new look & vibe sebab Giant dah >20 yrs dekat situ. Jenuh juga tu nak 'kikis' imej Giant dekat tempat ni :)
Kari ikan ni Ummi guna pes readymade ni. Tok Umi pos ke SG. Pes ni memang sedap dan memang menjadilah kari kita Insha Allah. Cuma tambah santan dan aksesori; bendi, cili merah, terung dsbnya. Ummi tumis dulu dgn bawang dan daun kari.
Gaul garam, kunyit dan serbuk cili.
Letak sekali wantan Acik Solehah bagi. Teringin sangat nak makan wantan soup buatlah tumpang ada wantan tu.
Lepas lunch, bersilat pula untuk masak macaroni Angah nak bawa utk jamuan dorm. Malam memang off kitchen la sebab dari pagi dah masak kan...
Apapun kerja dapur sekarang lebih ringan. Anak⁴ dah boleh diharap. Ayam 2 ekor Walid bawa balik dari pasar, Angah tolong bersihkan. Bahan memasak Kakak tolong sediakan. Begitu juga Abang dan Adik ada sumbangan dan peranan masing².
Giant tu uncle biasa juga... sebab mak uncle tinggal belakang tu....
ReplyDeleteBoleh try nanti pes readymade tu. Nampak pun sedap. Tutup akhirnya Giant Batu Caves tu ya.
ReplyDeleteWak pilih yang goreng daripada yang kari
ReplyDeletelama nieyl tak pergi giant..lama sgt2...
ReplyDeletesejak2 kos sara hidup ni makin tinggi, nieyl dah jarang masuk mall hehehe
sedap2 belaka lauk2 tu :) giant dh officially tutup dan siap remove semua tempat carpark bertingkat tu jugak
ReplyDeleteSa pernah beberapa kali pergi Giant tu...masa duk area Kepong dulu...nampak sedap la pes tu...
ReplyDeleteanak blk dr asrama pasti mak akan masakan menu sedap2 kan...sedih la giant tu dh tutup..pindah kt lokasi baru tu nanti rasanya makin jammed la sri gombak
ReplyDeleteSenang ada pes, senang nak masak.
ReplyDeleteUntung, anak-anak ada bantu di dapur.
Giant banyak dah tutup kan....masa kecik2 selalu pergi Giant Kelana Jaya. Lalu tepi Giant tu dah hilang bangunannya. Tak tau nak buat apa kat situ.
ReplyDeleteGiant Klang pun dah tutup ganti NSK.
ReplyDeleteGiant Batu Caves tu TF Mart ambil alih kan.. asben akk bgtau tadi.