Saturday, 18 January 2025

18012025 ~ Kemas²

First day cuti sekolah ni kami hanya melangut di rumah 😅

Tapi tidaklah duduk saja, adalah perkara yang dikerjakan. 

Suruh anak³ (masa ni Angah tidur) kemas laci masing². Banyak harta karun sampai semak dan penuh lacinya. Jumpa gambar Adik di PASTI, belek kejap sambil imbau kenangan :D 

Petang pula Ummi selongkar almari baju Adik Kakak. Sorting uniform sekolah Adik sebab sesi depan tukar uniform

Last time pakai uniform ni. 
Kain tu dah senteng, kena pakai bawah pusat baru okay. Saja tak beli baru sebab pakai hari Jumaat je. Itu pun ½ day je. 

Ummi nak bagi dekat orang kain dan baju yang masih elok ni. Baju² utk kain biru tu dah lusuh. Adik pakai dari darjah 1, masa tu tak pandai jaga baju sangat. Tak sesuailah nak bagi orang. 

Tudung sarung masa T1, simpan kot² Adik tak pandai pakai tudung 2 lapis. Ni pun condition tak elok dah. Ummi cabut name tag dan lencana sekolah tu then buanglah tudung³ ni. 

Alhamdulillah Day 1 School Holiday yang effective 😁

4 comments:

  1. My day 1 school holiday semlm was pretty hectic..

    ReplyDelete
  2. Mesti lega rasa kepala otak selepas declutter.

    ReplyDelete
  3. Kemas2 keluarkan yang lama untuk diganti baharu

    ReplyDelete
  4. mmg rasa lapang hati bila kemas-kemas ni hehe

    ReplyDelete