Bila tengok Sis Ezna post pasal penebusan buku utk siswa, baru teringat anak² Ummi pun dapat baucar buku juga.
Simpan sini ceritanya, sebab ianya satu inisiatif yang baik dari kerajaan. Semua murid sekolah KPM layak dapat regardless of income status. Sama macam Bantuan Awal Persekolahan. Harapnya kerajaan dapat pertimbangkan lebih banyak inisiatif sebegini yang memberi ruang kpd semua rakyat menikmatinya.
Alhamdulillah Abang dan Angah layak tebus Baucar Buku Madani (BBM) berjumlah RM100/seorang ni sebab depa dua sekolah KPM (SMKA).
BBM untuk sekolah rendah diberi kpd murid Tahap 2. Kakak tak layak sebab under KPM , SRAI dikira kategori sekolah swasta. Dok mengeceklah Abang Angah suruh beli novel untuk dia :D
Nak tebus BBM ni kena ada email MoE (email KPM) untuk access ke applikasi DELIMa. Abang Angah masa di SRAI takde email MoE ni sebab ianya terhad utk murid² sekolah KPM. Bila masuk SMKA, sekolah tolong regi utk murid² yg belum ada email MoE ni.
Abang since form 1 sekolah dah buatkan (apply dlm sistem) sebab masa tu PDPR memang kena pakai email MoE utk access online classes dan submit tugasan² sekolah. Angah pula belum ada keperluan hinggalah baru² ni baru cikgu buatkan email MoE untuk dia dan kawan² yg belum ada, bagi tujuan penebusan BBM ni. Pihak PIBG banyak bantu sebab tak nak ada murid tercicir dari tebus BBM ni.
Mana yang dah tebus, belum tebus atau belum ada email MoE depa minta respond dlm GForm ni. Senang nak trace dan bantu.
BBM RM100 utk seorang murid. Depa spent at the max limit and utk postage ada yg kena top up jugalah. Ada 3 pilihan kurier tak silap Ummi. Ummi bagilah depa selit 1-2 buah novel. Selebihnya beli buku rujukan, buku latihan, past years exam papers.
Alhamdulillah semuanya diterima sebelum depa exam.
Penebusan BBM ni sampai 31 Disember. Yang layak tu cepat² tebus ye.
Alhamdulillah dah siap settle baucar buku madani untuk anak2 PH.
ReplyDeletedekat sekolah anak2 linda...semu abuat dekat sekolah...cikgu ajar diorg cara tebus...tapi, untuk tahap 1 tak dapat agaknya...sebab cikgu kelas kak M takde cakap apa pun
ReplyDeleteBagus sekolah diorang 👍🏻
DeleteKak M darjah brp Linda? BBM utk murid Tahap 2 je kalau SK
kak M baru darjah 2...
Deletebetul lah tu tahap 2 je, abang2 D4 dengan D6
Alhamdulillah...
ReplyDeleteanak-anak ammi bulan 6-7 haritu dah claim. tp takde sorang pun beli buku belajar, semua dok pulun beli novel. ammi pun lupa nak share
ReplyDeleteAlhamdulillah dah berjaya tebus dan dapat buku-bukunya ya
ReplyDeleteNak tanya Dania dia dapat x..hehe
ReplyDeleteDapat juga kot SA, sbb siswa kan...
DeleteCuba ty Dania sbb yg PH tahu murid SK Tahap 2 hingga ke pelajar IPT dapat BBM ni. Cuma yg IPT tu x sure siapa yg boleh dapat.
Dah tebus buku2 tapi buku Teme Abdullah tak tiba lagi. Oh kalau sekolah namanya baucer buku madani. Bagus PH share kat sini untuk mereka yang mencari maklumat tentang ni.
ReplyDelete