Alhamdulillah semalam cuaca baik masa ambik Abang balik bermalam. Dengar banjir kilat sana sini, risau jugalah Ummi ni. Sebab pernah harungi hujan lebat selebatnya masa ambil Abang bulan lepas kot. Sedikit trauma khususnya bila tiba² pandangan ditutup dengan limpahan air, yang tersimbah dari kenderaan berat di lorong sebelah. Panik, Ummi terus teman pedal brek, sebab tak nampak jalan depan Ummi. Syukur kereta belakang jauh, dan Ummi pun tak rapat dengan kereta depan. Sepatutnya Ummi terus je memandu sebab brek mengejut pastinya bahaya juga terutama bagi kenderaan di belakang. Takpe, kita ambil pengajaran, kena lebih tenang dan berhati².
Alhamdulillah semalam ada lagi kawan Abang yang khatam hafazan 30 juzuk, jadi keluarganya buat kenduri sikit. Abang macam biasalah, ada apa² makanan dia akan kongsi dengan keluarga...
Tahniah Naurah, semoga Al Quran sentiasa di hati πΉ
Alang² tu sekalikanlah rezeki berbuka Khamis lepas π
Kopi Vietnam ni Walid beli utk Ummi. Beli di Terminal Gombak, utk berbuka katanya. Mahal juga 1 cup ni RM9.00. Sebelah tu ketayap kahwin (bak kata SK π); inti kelapa tapi dikirai umpama roti jala.
Selamat berhujung minggu.
Panjang umur kita disebut PH, hehehe. Alhamdulillah, tahniah utk anak² yg telah khatam, semoga mereka dapat memanfaatkan ilmu Al-Quran dengan mengajarkannya pulak kpd orang lain kerana ia menjadi bekalan di alam sana.
ReplyDeletePanjang umurnya 3x, aamin π€²
DeleteBegitulah hendaknya, masing² dapat menjaga dan mengamalkan Al Quran
Panjang umur kita disebut PH, hehehe. Alhamdulillah, tahniah utk anak² yg telah khatam, semoga mereka dapat memanfaatkan ilmu Al-Quran dengan mengajarkannya pulak kpd orang lain kerana ia menjadi bekalan di alam sana.
ReplyDeleteAlhamdulillahπ€©π
ReplyDeleteππ
DeleteAlhamdulillah rezeki..tahniah buat anak2 yang khatam al-quran
ReplyDeleteLagi musim hujan dan banyak area tergenang memang skr π. Saya pun agak kuatir. Daerah rumah saya memang tak banjir, tp terkadang jalanan di depan nya yg banjir. Efek pasti merembet ke lingkungan rumah Krn susah nak kluar.
ReplyDeleteAlhamdulillah dpt rezeki. Nampak sedap baik lamb chop dan nasi ayam nya π