Sunday 27 October 2024

Al Fatihah ~ Maksu Limah @ Toksu Limah

Menerima berita kematian lagi :( 
Kali ni sepupu arwah Tok Wan, adik kepada arwah Wan Haji iaitu Toksu Limah (Ummi panggil Maksu Limah) dijemput kembali oleh Pencipta-Nya malam tadi. Arwah dah lama sakit lumpuh dan usianya juga sudah lanjut. 


Cantik orangnya. Dari muda hingga ke tua, wajahnya sentiasa manis dengan senyuman dan lembut tutur katanya. Salah satu sebab Ummi suka dgn arwah. Kecik² dulu Tok suka ajak Ummi ke rumah Toksu ni. Suami Toksu, Toklang Ched sepupu dengan Tok, jadi hubungan keluarga tu kuat dan rapat. 

Ada satu masa tu Ummi rindu sangat dengan Toksu, alhamdulillah sempat ziarah, bawa Tok sekali. Beberapa tahun lepas, sebelum Tok pun 'berpindah' ke negeri abadi. Masa tu Toksu masih tinggal di rumah kampung depa, dijaga oleh cucunya. Kemudian bila Toksu makin kurang sihat, beliau bergilir² dijaga oleh anak²-nya. Dan malam tadi, sekitar jam 9.45 mlm Toksu menghembuskan nafas terakhir. Pergi dalam keadaan amat mudah kata Ndak. Rezeki Toksu meninggal di rumah Paklong Cha, berdekatan rumah pusaka mereka. 

Takde rezeki nampaknya Ummi nak berjumpa lagi dgn Toksu di dunia ni. Mudah-mudahan di akhirat nanti dikumpulkan semula dengan seluruh keluarga besar kami, di syurga hendaknya aamin. Rindu pada semua wajah dan watak khususnya yang pernah menghiasi zaman kecil Ummi. 

Didoakan agar arwah Toksu ditempatkan di kalangan para solihin aamin 🤲🏻 


6 comments:

  1. إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

    ReplyDelete
  2. Salam takziah kepada PH...إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
    Semoga roh Allahyarhamah Maksu Limah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para solihin, aamiin yra..

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwainnailaihiraajiuunn.
    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan terkumpul dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Amin.

    ReplyDelete
  4. Aamin2x...semoga arwah toksu ditempatkan di kalangan orang yang beriman...

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainnailaihirojiun...semoga arwah ditempatkan di kalangan hanbaNya yang beriman

    ReplyDelete