Sunday, 4 August 2024

Nasi Lemak for Lunch

Hajatnya nak masak nasi lemak dan bawa ke asrama makan dengan Abang di pagi minggu ni. Sambal tumis Ummi dah siapkan semalam. Alang² tak payah masak untuk lunch sebab pergi kenduri, masa dan tenaga yang ada tu digunakan utk masak sambal tumis. Macamlah banyak sangat masaknya pun 🤭 

Walaupun dah melawat Abang semalam, projek nasi lemak Ummi tetap on :) 

Lupa pulak ambil gambar sambal tumis tu 🤦

Tak lupalah untuk anak soleh #2 tu. Lepas Zohor baru jumpa dia, sebab tu masak nasi lemak ni tengahari. Nak masak dari pagi takut tak tahan nasinya. 

Dah la hari hujan, lepas makan dok tahan je mata. Takut terlajak tidur pulak 😆

13 comments:

  1. Sedapnya.. dah lama tak buat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila²... Airtangan sendiri kdg lagi puashati makan :)

      Delete
  2. Ada lagi tak, nak sikit 🫣

    ReplyDelete
  3. bila masak menu nasi lemak ni...bole smp ke malam makannya...hujan2 mkn nasi lemak..mmg layu la mata tu nk zzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul MT, memang sampai ke malamlah makan nasi lemak ni...

      Delete
  4. Ayam goreng tu nampak crispy sangat. Sedapnya makan dgn nasi lemak. Mesti si Abang seronok dapat makan nasi lemak air tangan dari umminya 😃

    ReplyDelete
  5. LM pun masak nasi lemak. Tgk PH pun masa nasi lemak. Sedapnya.....dan nanti kita lak masak nasi lemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sila² Ezna...
      Dia kdg teringin nak nasi lemak airtangan sendiri :D

      Delete
    2. Lagi sedap kita masak jadi semua bahan cukup.

      Delete
  6. waahhhhh ada ayam goreng sedapnyaaa Nasi Lemak Crispy Chicken! hehehe

    ReplyDelete
  7. last buat nasi lemak rasanya awal bulan 7 kot...Pak Zain masak nasinya, SA buat sambalnya

    ReplyDelete