Saturday, 31 August 2024

Kenduri Aqiqah Cucu Jiran

Ahad minggu lepas, 25.8 Uncle Husin buat kenduri aqiqah untuk cucu keduanya. Majlis dekat Dewan Komuniti di kejiranan kami je. Pagi tu sempatlah Abang Angah tolong UH susun meja kerusi. 

Lauk pauk semuanya sedap, airtangan chef hotel pencen. Chef ni juga selalu masak untuk program² surau. 

Kuih muih, bubur, laksa semua ada. 

Ummi bawa creampuff Acik Solehah sbg buah tangan. Barang sedap kena kongsi :D 

Dalam oodies bag ada air mineral, keropok & baulu. 

Lunch tu Ummi tak masaklah kan, tapi sebelum hantar Abang Angah balik ke asrama tu, Ummi goreng kue tiau untuk bekal depa. Kot² tak kenyang makan kenduri, bolehlah makan kue tiau ni. 

Terima kasih UH atas jemputannya. Semoga cucu² UH membesar dengan sihat dan selamat selalu. 

10 comments:

  1. Dari kuew tiow untuk tambahan kalau takut tak kenyang, lauk kenduri hinggalah ke goodies bag. semuanya sedap sedap belaka.

    ReplyDelete
  2. Semua makanan yg terhidang kliatan sedap. Semoga diberkati selalu anak2' dari Jiran, dan dimudahkan selalu rezeki sekeluarga

    ReplyDelete
  3. makanan kenduri tak pernah gagal. sedapnya.

    ReplyDelete
  4. PH baguslah kongsi creampuff untuk kenduri.

    ReplyDelete
  5. Wahhh, kenyang ni makan kenduri air tangan chef, ada lagi bekal air tangan umi yang pastinya lebih sedap.,

    ReplyDelete
  6. Sedap keropok segera tu, ada sos sekali. Senang makan.

    ReplyDelete
  7. Seronoknya makan lauk kenduri..SA teringin nak makan nasi kenduri, tapi tu la xde plak jemputan kenduri lately

    ReplyDelete