Tuesday 16 July 2024

Rezeki Lumayan di Hari Asyura

Selamat berbuka kepada kawan² yang berpuasa hari ni 🌹 Alhamdulillah anak soleh #1 pun khabarnya puasa hari ni dan semalam. Syabas mera beta :) Angah pulak call tadi bagitau dia puasa sampai tengahari je hari ni, tak larat katanya. Lama tak puasa, gitulah... 

Alhamdulillah lumayan rezeki kami hari ni... 

Cik Ana bagi  Suro Kelantan (Bubur Asyura Kelantan style). Baru semalam tengok Cikgu Sue open order Suro Kelantan, hari ni rezeki sampai depan rumah tanpa dijangka alhamdulillah.
Ummi takde mood pula nak buat bubur Asyura tahun ni. Tahun lepas pun tak buat juga sebenarnya πŸ˜…

Walid pula bawa balik Bubur Lambuk dari surau. Semalam dan hari ni surau buat majlis berbuka untuk jemaah yang berpuasa. 

Ummi masak Spaghetti Aglio Olio je, malas masak nasi, nanti kena masak lauk sekali πŸ˜‚ 

Masak sepeket, bolehlah balas bekas Cik Ana πŸ‘†

Walid beli juga nasi lemak dan ayam goreng. 
Nak juga nasi kan :) 

Paling istimewa semestinya yang di bawah ni πŸ‘‡ 

Pulut Durian! 
Pulut Durian boleh je jadi menu utama untuk Ummi. Malah kecik² dulu di kampung Ummi ada kenduri pulut durian. Bila tiba musim durian, bergilir² orang kampung buat kenduri pulut durian, biasanya sebelah malam. Walaupun menunya pulut durian semata-mata, tapi kenyang ye. Dan walaupun hampir semua penduduk ada dusun durian sendiri, tetaplah meriah kendurinya. Kadang tu hampir setiap malam ada kenduri pulut durian. 

Durian dari Tukugho RM12/kg. Kata penjual, tengahari tadi gerak dari sana, petang baru sampai sini. Durian² barulah. Sebiji ni RM22, alhamdulillah isi elok semuanya. Puas makan kali ni. 

Sebelahnya ada pulak orang jual cempedak... Dari Kedah, wajiblah support πŸ˜

Beli juga sebiji, RM14 (RM10/kg). 
Isi cantik dan manis rasanya. 

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat dan rezeki yg diberi oleh-Nya 🀲 










13 comments:

  1. Beda lagi bentuk bubur asyuranya ya kak. Td ada baca blog teman Malaysia yg lain, bubur Asyura nya berbentuk kue, yg sudah dipotong2. Belum pernah rasa saya.

    Samalah dengan kampung saya, kalo makan durian pasti dengan pulut πŸ˜„πŸ‘. Sedaaap memang. Kalo di Jawa ini tak biasa begitu. JD agak susah ketemu pulut di sini . Sumatera yg durian dimakan dengan pulut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Fanny, setiap negeri/region beda bubur asyuranya. Di tempat akak buburnya manis seakan kuih bengkang. Di pantai Timur pula buburnya berempah dan jika tidak silap Johor pula buburnya lebih cair.

      Kita geng ya, suka makan pulut durian :D

      Delete
  2. Sedap semuanya. Asyura, durian, cempedak, bubur lambuk semua favorite

    ReplyDelete
  3. wahh sedap elok je isi cempedak nih., hehe

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah! bubur asyura kelate tu my fav laaaa

    ReplyDelete
  5. Syukur alhamdulillah, nikmat apa yang nak didustakan ye tak PH...Pak Zain ada sebut serawa durian...minggu ni nak belikan durian la buat serawa plak...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...rezeki...
    banyak makanan semalam ya...

    ReplyDelete
  7. waahhh bestnya syukur rezeki! sedapnya dpt merasa mcm2 jenis bubur asyura tu!

    ReplyDelete
  8. Akak biasa makan bubur Asyura macam bubur lambuk je. Bubur lambuk utara yang ada kekacang pernah makan sekali. Suro Kelantan belum pernah jumpa lagi.

    ReplyDelete
  9. Meriah...syukur rezeki. Belum dpt lagi bubur asyura ni. Kalau di utara lain sedikit warnanya. Bila balik kampung di selatan, bubur asyura mcm bucur lambuk.

    ReplyDelete
  10. Khilfi pun puasa hari Isnin tp Selasa dia buka half day sbb katanya kene buat medical checkup. Kene swab bagai. Sekali bila bus dtg nama dia masuk 2nd batch. Keceea je member gi batalkan puasa

    ReplyDelete
  11. Suami pulak kata payah nak dapat Bubur Asyura style utara.

    ReplyDelete