Tuesday 23 July 2024

Pulut Kuning Berinti Serunding

Lily adakan birthday party Ahad lepas untuk kawan². Ummi pun tak join, sebab tak dijemput sebenarnya haha... Majlis untuk budak² je :D 

Tapi, Cik Ana kirimkan kek dan Pulut Kuning Berinti Serunding ni airtangannya. Pulut Kuning begini rasanya terkenal di belah² Pantai Timur kan? Kalau belah Utara biasanya pulut Kuning dimakan bersama Kari Ayam. Di tempat Ummi (Baling) biasanya pulut putih (tanpa kunyit) diganding bersama inti kelapa, sambal bilis atau paling sedap dimakan bersama ayam bakar esp bila ada special occasion macam khatam Quran. Ataupun makan dengan Pisang Emas terutamanya semasa kenduri doa selamat. Jarang Ummi jumpa pulut kuning masa kecik² dulu. 

Pulut Kuning Berinti Serunding ni sebenarnya CA buat untuk pertandingan Pulut Berhias anjuran masjid kariah kami. Ada karnival masjid Jumaat- Ahad lepas. Macam² acara. Nama Abang pun tersenarai untuk acara tarik tali 💪 Tapi, Abang tak PB jadi tak dapatlah join walaupun ikutkan dia nak suruh Ummi pergi ambil. Bukan tak nak, tapi sekarang ni almost every weekend dia ada tuition di sekolah. Dengar² lepas ni pun PB sebulan sekali, sama dengan F5. Cikgu² pun dah risau sebab tak sempat nak habiskan silibus.

Berakit² ke hulu dulu ye Abang, berenang² kendian 🤗


13 comments:

  1. alhamdulillah...sedap nampak tu

    ReplyDelete
  2. sedap pulut kuning ada inti serunding

    ReplyDelete
  3. waaahh pulut kuning inti serunding! sedapnyaaa!

    ReplyDelete
  4. Dah dicepatkan exam SPM kepada tahun ni ke PH?. Kalau gitu moga yg baik2 ajer....

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Ingin tahu, Sila jelaskan maksud PB?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PB= pulang bermalam.
      Term utk anak² asrama balik bermalam di rumah tuan :)

      Delete
  7. Lamanya tak makan pulut kuning. Dulu kat kampung saya kalau ada majlis berzanji atau khatam Quran ada la pulut kuning dgn telur rebus. Pulut kuning makan dgn kari ayam pun sedap hihi

    ReplyDelete
  8. Suka pulut dengan sambal.
    Huhu rezeki jangan ditolak.

    ReplyDelete
  9. Pg semlm pun mz mkn pulut kuning+rendg ayam masa bf..memang ada dijual kat stall tepi giant tu

    ReplyDelete
  10. Pulut makan dengan pisang emas tak pernah jumpa lagi.
    Rare ni.

    ReplyDelete
  11. Wahhh sedap selalu makan dengan rendang .. tukar selera makan dengan serunding pun sedap juga

    ReplyDelete