Monday 8 July 2024

Peria Goreng ala Mamak

Entry tertunda ๐Ÿ˜

Nak cerita peria Katak pemberian SA sebelum raya haji hari tu Ummi buat Peria Goreng ala Mamak. 


Senang je,esp bila ada tepung serbaguna (Ummi guna tepung Adabi) sebab dalam tepung dah dicampur segala macam rempah/perasa nak bagi sedap & seimbang rasanya. 

Hiris nipis peria, buang biji dan empulurnya kemudian rendam bersama garam ½ jam gitu. Tujuannya nak kurangkan rasa pahit peria. 

Kemudian toskan dan gaul bersama garam, serbuk kunyit, tepung serbaguna dan serbuk kari daging/ikan secukupnya. 

Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan. 

Siap! 

Satu lagi,  Peria Goreng + Telur pun sedap. 

Tapi, kalau masak gini Ummi dengan Abang je makan. Walid dan Kakak tak berapa makan, berbanding goreng ala Mamak tu. Jadi, ikut majoriti saja, seronok bila semua makan. Adik & Angah memang tak masuk list, depa geng anti sayur ๐Ÿ˜…

Thanks again SA ๐ŸŒน 



12 comments:

  1. Sedap peria.. Linda pun suka.. Kadang2 tumis pedas gitu je

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..seronok berkongsi rezeki...ni Pak Zain tengah tanam batch baru, yg sblom ni dh nak mati Dan x keluarkan buah dah..bersih ganti pokok peria ni..

    ReplyDelete
  3. alamaak alamak peria x pahit ke tu hehehe...

    ReplyDelete
  4. Selalu peria katak makan buat ulam je. Peria biasa tu buat goreng taucu. Nanti nak try la goreng tepung tu.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum sis, sedapnya peria goreng ala mamak, nampak rangup, biasa guna bestari, boleh cuba Adabi terima kasih share . Adik nak masuk 13, baru cuba² nak memasak hehe..

    ReplyDelete
  6. Alamak PH, saya ni bukanlah geng anti sayur. Tapi cuma tak makan sayur peria je. Penakut pahit ๐Ÿ˜‚

    Tapi tengok peria goreng tu, teringin jugak nak mencuba.

    ReplyDelete
  7. MZ tak reti mkn peria...mcm teringin nak try yg versi goreng ni

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya kalau gi Pelita nak makan roti canai ni memang ambik sepinggan kecik peria goreng ni. Sedap la buat kudap-kudapan. Tak pernah masak sebab takut pahit....Rupanya tu tips dia tak nak bagi pahit...

    ReplyDelete
  9. Akak pun peria goreng gitu baru semua orang makan.. kalau tumis akak je makan.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya… favourite saya ni.

    ReplyDelete
  11. Oalaaah saya belum pernah coba pare di goreng. Sukaaa sangat sayur ini.

    Tapi Krn saya terbiasa makan pare muda yg masih kecil, JD biasanya makan mentah pakai sambel belacan. Sedaap Krn blm pahit.

    Kalo yg sudah pahit, biasa ditumis pakai cabe rawit. Nanti nak coba digoreng ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  12. Sedap peria ni ..lagi² kalau goreng tepung rangup² tu

    ReplyDelete