Sunday, 30 June 2024

Simple Dinner I

Menu Simple Dinner I;
Nasi Putih
Ayam Bakar Madu 
Buncis Goreng Bawang Putih 


Ayam Bakar Madu ni terpaling senang nak buat; 

Terima kasih My Resepi ๐Ÿ‘

Cili giling Ummi ganti Sos Korea Adabi, nak habiskan stok yang ada plus malas nak kisar cili kering. 

Untuk cara penyediaannya, step kedua tu Ummi olah. Dah siap sosnya (step 1), tutup api. Ummi tabur dan lumur garam pada ayam, kemudian tuang sos tadi atas ayam. Gaul sebati. Perap dalam 30 minit kemudian masukkan ke dalam air fryer. Tetapkan suhu 200°C, 20 minit. Selepas 10 minit pertama, kalih ayam dan sambung bakar. 

Untuk Buncis Goreng Bawang Putih pula;
1. Bersihkan kacang buncis tanpa perlu potong - buang bahagian hujung shj
2. Panaskan minyak dan goreng sebentar kacang buncis. Angkat dan toskan
3. Potong kasar bawang putih (guna chopper lagi senang) 
4. Panaskan minyak dan goreng hingga golden brown. Angkat dan toskan. 
5. Susun kacang buncis tadi di atas pinggan, letak garam, serbuk perasa, tuang sedikit minyak goreng bawang putih tadi dan masukkan juga bawang putih goreng tadi. Gaul sebati dan sedia untuk dihidang. 

Sedap rupanya, rangup kacang buncis tu. Katanya ini Chinese Style
Terima kasih Che Sayang.

Walaupun simple je lauknya, menambah juga nasi ๐Ÿคญ



12 comments:

  1. tergoda nampak sayur buncis tu

    ReplyDelete
  2. sedapnya!
    kacang buncis tu ranggup.. kruk krak bnyinya.. hihi

    ReplyDelete
  3. sedap juga kan ayam bakar madu tu... :D

    ReplyDelete
  4. wahhhh sedapnya ayam bakar madu! nti nak kena try juga hehe

    ReplyDelete
  5. Eh, yang simple macam ni la buat menambah nasi, PH.

    ReplyDelete
  6. Nampak ayam bakar madu tu macam kat pasar malam.
    Mesti sedap tu.

    ReplyDelete
  7. lauk simple mcm ni mmg selalu buat menambah ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  8. SA suka jugak goreng kacang buncis style macam ni cuma SA guna bawang putih cincang dan udang kering..lepas tu potong2 cili kering...nak goreng sekali atau goreng bawang putih dulu pun boleh..

    ReplyDelete
  9. Saya nak buat utk lauk esok ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Mudah nyaaa. Kebetulan ayam, madu pun ada. Dan dah lama tak diminum. JD better buat masak kan

    ReplyDelete