Malam tadi teman Walid ke SRAI, adalah urusannya tu...
Pukul 10.30 dari sekolah. Kakak lapar. Dinner tadi kami makan nasi sorang sikit je, sebab nasi beriani Walid beli lepas solat Jumaat dah berbau. Tinggal dalam kereta sampai habis waktu kerja, berkuap agaknya nasi tu. Ummi pula tak masak nasi putih sebab nak makan nasi beriani tu. Yang ada cuma baki nasi goreng sarapan (Ummi simpan dlm peti ais) dan 2 bungkus nasi lemak Walid beli Maghrib tu. Beli tu pun sesaje, rupanya itulah rezeki kami malam tu bila mana nasi beriani tu dah basi. Kongsi sorang ½ bungkus :)
Nak singgah Azhar Maju yang baru renovated tu, macam ada kenduri. Ramai sungguh manusia. Jadi, sini pun bolehlah. Baru sangat lagi beroperasi, sebelum ni Thaqwa Baru.
Kuahnya lain sikit, bukan kuah kacang dhal. Tapi ada kentang, timun, mungkin dhal sayur tanpa kacang dhal, kot. Ala² kari gitu. Sedap, Ummi suka.
Roti Telur kuahnya lain sikit. Kuah sebelah kanan tu macam ada daging cincang, kot. Lupa nak tanya Walid. Banyak sangat kot sebab masa makan ni dah mengantuk 😆
Sebelum balik sempat menyapa taukenya. Rupanya kedai ni milik warga Pakistan, patutlah pekerja semua putih², tinggi² kebanyakannya, tak macam pekerja² di kedai mamak biasa. Masa masuk tu tak perasan tulisan dekat banner tu, nak balik baru ambil gambar. Peshawar is the 6th most populous city di Pakistan (Sumber: Wiki). Owner-nya juga adalah owner Ahmed Carpet sebelah ZC tu.
Nanti Ummi nak try nasi beriani depa ☺️
Part gelas tu.. 😂
ReplyDelete😂
DeleteAssalamualaikum, hehe tergelak juga pasal roti tisu.. Tauke pakistan, kuah lain sikit kan..
ReplyDeleteYa tapi sedap juga
DeleteBaca tajuk.. Terus teringat nama watak dalam cerita Bajirao Mastani... Hihihi
ReplyDeleteAkk paling ingat budak tu.... Comel gilerrr... Dgn kampung dia subhanallah lawa betul 😍
DeleteBila tengok rupa kuah, dah agak ini bukan kedai mamak biasa, oh, kedai Pakistan rupanya. Patutlah nampak lain kuah yang disajikan dengan Roti. Roti pun nampak sedap garing.
ReplyDeleteSedap dan terasa kelainan kuahnya...
Deletetak perasan plak kewujudan kedai ni
ReplyDeleteDia attached dgn kedai spek mata MZ, bukan proper shoplot pun
Deletexde rezeki untuk nasi beriani... panas agaknye dalam kereta...
ReplyDeleteSaya sukaaaa makanan timur tengah atau India atau Pakistan begini ❤️❤️. Nasi beriyani, canai dan kuah kari, memang sedaaap. Selalu ya puas2kan makan ini tiap kali ke Malaysia. Di sana LBH banyak restoran begini dan sedap2
ReplyDeletebetul tu PH, sesetengah tempat letak cawan untuk elakkan dari roti tisu tu jatuh...nampak sedap semua makanan...
ReplyDeleteKalau restoran Pakistan ni sedap juga dia punya roti tempayan.....
ReplyDeleteSaya memang sukaaa dengan kuliner timur tengah, atau asia selatan ini. Cocok dengan selera. Mungkin Krn sama2 menggunakan banyak rempah yaa. Makanan sumatera dan Malaysia pun seperti itu kan.
ReplyDeleteTapi unik juga roti tisu dia pakai gelas 😅. Baru kali ini. Biasanya pesan di Kedai mamak tak pernah ada pakai gelas 🤭
Skg kami ada promotion Nasi briyani ayam rm 10 dan free teh o ice sampai 5 hari bulan 11
ReplyDeleteJazakAllah khair for the support ameen