Selama ni Ummi dok confused macamana ye orang potong tembikai jadi bentuk 4 segi tu 😅 Sebab dari kecik Ummi potong tembikai 3 segi... Kak Amie, rakan blogger kita di LD sana antara yang Ummi perasan selalu potong tembikai 4 segi.
Ummi potong ikut segi tiga macam ni, dalam 1 inci kot setiap hirisan tu kan ... Bila dah dibuang kulitnya, potong lagi kecik² ikut bentuk segi tigalah kan sebab potongan asasnya segi tiga.
Akhirnya Ummi berjaya potong tembikai tu jadi 4 segi, tiba² Allah datang kan ilham...
Potong segi tiga macam biasa tapi masa nak potong kecik untuk dihidangkan tu, potong dari sisi macam gambar atas ni. Lepas tu potong lagi untuk dapat hirisan 4 segi yang lebih kecil.
Nak kecilkan lagi pun boleh ...
Betullah kata orang, nak selesaikan sesuatu masalah atau buat keputusan kena tengok dari pelbagai perspective (angle) :p
Mungkin ada cara yang lebih pro ye, cara Ummi ni cara budak baru belajar 😁
Masa Cie belajar dulu potong berseni macam hotel tu. Nak cantik boleh la tapi leceh. Hihi
ReplyDeleteItu pun buat PH kagum juga, mmg berseni kan... Kadang tu mcm² bentuk jadinya; jambangan bunga, itik dsbnya
Deletei potong ikut suka ati ajer hahhaah unless memang nak hidang utk VIP ke apa then kena beria potong jd proper shapes laaaaa
ReplyDeleteHahahahah saya dah laah asal potong. Krn utk dimakan keluarga saja 😂. Yg penting tebal semua hahahaha. Semangka ini buah favorit soalnya
ReplyDeleteselalu gak tengok di video FB dan TT orang ptoong buahlah potong ayamlah, tpi bila time ktia sndiri nak potong ehhhh lupa segala skill yg ditengok tu
ReplyDelete