Tuesday, 21 May 2024

Beraya di Rumah Carneyz @ 26 Syawal

Terharu, teruja dan besar hati diundang beraya oleh rakan blogger, Carneyz. Alhamdulillah tahun ni Allah bagi banyak rezeki beraya di rumah² yang belum pernah kami pergi, antaranya, rumah Ustazah selain rumah Carneyz. 

Kejadiannya 26 Syawal lepas, sengaja Ummi simpan dulu ceritanya. Bila tuan rumah dah up cerita, barulah Ummi kongsi di sini. 


Sedang elok waktunya, Kakak habis tuition UPKK pukul 4. Sekali keluar je... Singgah solat Asar dulu di surau berhampiran. Masa ni jumpa seseorang, beliau pun solat Asar di surau ni. Sampai di parking kediaman Carneyz pun nampak lagi. Dalam hati dah terdetik, entah² nak ke rumah Carneyz juga. Tapi depa jalan dulu, kami pula baru nak keluar kereta. 

Bila masuk je dalam rumah Carneyz, masing-masing ketawa sebab betullah dua² nak ke tempat sama πŸ˜‚ Rupanya beliau ialah Mama Zhafran. Peramah orangnya walaupun pertama kali jumpa. 

Carneyz masak apa? 
Semuanya menu Sarawak hangpa...

First thing first Ummi ambil of course Kek Mita yang viral tu. Alhamdulillah ada rezeki makan kek ni. Selalu dengar je orang cerita kek ni sedap. Memang sedap!

Yang berbalut seakan ketupat tu kelupis. Makan dengan rendang airtangan Carneyz, bertambah sedap rasanya :D Rupanya kelupis dibalut dengan daun palas juga. Rasanya pun akan² ketupat palas juga. 

Makan lagi, aha! 

Ini pula Laksa Sarawak. 
Beza denga Laksa Utara, LS guna bihun, rencahnya ada isi ayam, omelette dll... Cuma Ummi tak sempat korek resepi kuahnya :) Ini pun airtangan puan rumah. Sedap sampai Adik minta tambah πŸ˜…

Alhamdulillah selain dapat makan sedap², Ummi juga berpeluang jumpa rakan² blogger yang lain. Antaranya Ret @ Ako dan si comel Uyum. Yang lain Ummi belum pernah jumpa. Segan juga nak menyapa ☺️

Semuanya blogger otai, terasa kerdil Ummi di situ ☺️

Masa balik rumah Carneyz lalu terowong, pakat excited πŸ˜† Selalunya beginilah kami ni, datang tempat baru ada² saja benda baru yang kami explore dan excited about :D 

Tqsm Carneyz for having us 🌹 
Semoga diberi kesihatan yg baik selalu dan diluaskan pintu rezeki sentiasa 🀲 

23 comments:

  1. Haha.. kelakar pulak baca.. rupanya dh jumpa MZ dlu ms solat di masjid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa sama2 solat kat surau yg berdekatan sblm pergi beraya rumah carneyz

      Delete
    2. Itulah, cumanya PH tak kenal MZ sblm ni, nmpk MZ selalu dropped komen dekat blog kawan² tapi masa tu PH belum follow blognya ☺️

      Delete
  2. sronok dpt beraya ke rumah kwn blogger...lps tu dpt jmpa blogger lain plak....kek mita fav...tringat time outstation swk dlu dpt mkn...mmg tk mandang dh kek lapis swk hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks to Carneyz atas jemputannya, dapat juga PH berkenalan dgn blogger lain
      Betul, kek mita tu sedap sangatkan

      Delete
  3. Laksa Sarawak tu memikat!

    ReplyDelete
  4. Sedapnya masakan sarawak 🀀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sedap sangat...
      PH baru first time makan Laksa Sarawak pun

      Delete
  5. Alhamdulillah. UKhuwah di alam maya terus berpanjangan di dunia nyata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Ada rezeki bole jumpa Kak Amie pula πŸ€—

      Delete
  6. Haha nice to meet u PH!! Rumah kita pun dekat2 ajer kannn..lps ni maunya selalu terserempak πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ i peramah kerrrr..tq la sudi layan i berbual haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice meeting u too 😁
      Kalau terserempak tegur tau :D

      Delete
  7. Replies
    1. Ldy kalau dtg Gombak, hello² PH πŸ€—
      Ada rezeki kita jumpa

      Delete
  8. Rajin Carneyz masak sendiri.
    Belum pernah makan kelupis. Kalau Laksa Sarawak, saya memang suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy first time makan laksa Sarawak, sedap rupanya πŸ‘

      Delete
  9. lalu terowong SMART ke tu?..kikiki..Linda lagi kerdil dari PH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Linda, terowong apatah, pendek je terowongnya. Tapi kitorang excited haha πŸ˜‚

      Delete
  10. Menu-menu yang jarang dapat!

    ReplyDelete
  11. Terima kasih sis, memenuhi jemputan πŸ₯° Peramah kan MZ, saya pun first time jumpa dgn MZ hari tu. Semoga ada rezeki buat makan2 kat rumah lagi boleh jemput blogger2 lain jugak 😊

    ReplyDelete
  12. seronok beraya dan berkumpul sesama blogger kan...dari dunia maya ke alam reality gitu..

    ReplyDelete
  13. Kak Carneyz memang ramaaaah sangat. Saya jumpa THN lepas saat ke KL, dengan kak ret sekali. Teringin juga nak jumpa bloggers Malaysia. Setakat ini yg saya dah ketemu face to face kak Retna, kak Carneyz dan kak Mulan. Harap2 kalo ke KL lagi bisa ketemu dengan yg lain termasuk kakak 😊

    Laksa Serawak saya blm coba yg asli. Tapiii trakhir jumpa kak Carneyz ria kasih paste laksa Serawak. Jadi saya tinggal ikuti petunjuk memasak. Dan menjadiiii πŸ˜πŸ˜πŸ‘. Sedaaap 😍. Sejak itu suka laksa Serawak. Tapi sayangnya bumbu yg kak Carneyz bagi tak di jual di semenanjung πŸ˜‚. Padahal saya nak beli hahahahah

    ReplyDelete