Sunday, 10 March 2024

Kenduri Hj Jaafar & Makan² @ Cik Aida's Place

Sabtu 9.3
Dapat 2 undangan kenduri; satu di Masjid KLIA, Sepang (wedding adik member Walid di Syarikat Posto dulu) dan satu lagi kenduri aqiqah cucu Tn Hj Jaafar di Dewan JMB di kejiranan kami. Kenduri pertama tak dapat hadir sebab Walid ada follow up appointment di Pusrawi. Kenduri kedua pula hanya melibatkan Geng Surau. Abang dan Angah pergi berdua, Walid joined later. Ada depa bawa balik goodies bag tapi lupa nak snap gambar.

Buah jambu ni depa 2 bawa balik dari surau. Ada jemaah sedekah. Sedap cicah dengan Namplawan Kak Nee tu. 

Ahad 10.3 

Cik Aida ajak makan² di rumahnya. Lama dah tak jumpa Simba dgn anak² dia tu...

Kemain Adik posing dengan Simba. 

Kakak masak Ayam Korea untuk Cik Aida... Baru belajar malamnya, alhamdulillah menjadi. Itu yang esoknya buat untuk bagi Cik Aida pulak ☺️

Ummi pula bawa Acar Ikan Masin. Bolehlah buat sahur nanti. 

Cik Aida ni kalau menjamu, memang all out. Ada Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Acar Timun, Roti Jala... Semua pun dia tapaukan untuk kami bawa balik juga. Alhamdulillah Semoga sentiasa melimpah rezeki Cik Aida & Uncle Hairul. 

9 comments:

  1. alahmadulillah rezeki...jambu tu buat SA ngences

    ReplyDelete
  2. Jambu tu kalau kena kuah rojak yang sedap mau makan tak berhenti :D

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki kenduri, kecur tengok buah jambu air teringat makan cicah cili kicap..

    ReplyDelete
  4. lama tk mkn buah jambu air..cicah kuah rojak makbee sodap tu

    ReplyDelete
  5. Sedapnya buah jambu air tu PH. Teringat dulu pun ada kucing family bela nama Simba.

    ReplyDelete
  6. aii sedap pulak tngok ayam korea tu. haha

    ReplyDelete
  7. Wah....open house nanti menu ayam Korea la..pasti ramai peminat...jambu tu sedapnya

    ReplyDelete
  8. Simba lucu sangaaaat 😍😍😍😍. Gemooooy badannya πŸ˜„πŸ‘. Roti jala ti menarik, dah lama tak makan roti jala dengan kuah kari. Biasa saya pesan dari teman, nantilah nak pesan lagi

    ReplyDelete