23.3.2024 | Ahad
Kali ni Walid pula kena :D
Kejadian berlaku di PETRONAS SG Ahad lepas. Katanya nak isi angin tayar kereta Ummi. Tak pastilah kenapa matikan enjin, tapi bila nak masuk kereta alarm tak function. Jadinya buka kereta pakai key la kot, 'menjeritlah' alarm 😁
As usual, Alex came to the rescue :)
Berpindahlah duit RM150 dari wallet Walid ke poket Alex huhu... Dia ingat lagi kereta Ummi ni, masa kejadian di TMG 2 tahun lepas dia juga yang datang tolong :D
One of the reasons yang boleh buatkan setting alarm kereta ni 'lari' ialah gangguan signal pencawang Telco kata Alex. Betul atau tidak Ummi tak pasti. Tapi dekat area rumah kami memang ada pencawang Telco. Harapnya tak la sebab nak reset alarm ni bukan murah walaupun nampak mudah, cuma tekan² je remote kereta tu.
Mudah-mudahan yang baik² saja Allah beri untuk kita semua 🤗
Boleh tahan juga harga nak setting pun yer...Oh,pencawang juga memberi effect kepada setting alarm ..terima kasih info..Wow kereta tu cun...Yang sekadar hiasan tu lah yang menarik perhatian...hihihi
ReplyDeleteSerius la gangguan pencawang boleh menyebabkan setting alarm lari? Yang peliknya bila kita tet tot dia tak okey tapi bila kita guna kunci dia pandai plak meraung ya 😂
ReplyDeleteEntah la SK, kita pun x sure hihi ...
DeleteHah tu yg geram tu 😂
Kena kasi settle ni PH. Kalau lama-lama, makin kaya Alex 😄
ReplyDeletealamak...seram jugak mcm tu, rumah bapak dekat kampung tu belakang nya ad pencawang telco...tp, org tua kan, kadang kete tak dikunci pun...hahaha..geleng kepala je lah Linda pun
ReplyDeleteYe ke PH?. Ilmu baru ni...moga yang baik2 ajer ya PH.
ReplyDeleteTak sure la Ezna hopefully tak la kan...
DeleteAamin 🤲
alamak kalau betul disbbkan pencawang, naya juga tu.. tapi mcm boleh jadi juga tu hehe
ReplyDeleteBoleh tahan harga set semula penggera kereta.
ReplyDeleteMgkn termasuk caj dia datang ke tempat kejadian, transportation cost...
DeleteOh sebab gangguan signal pencawang Telco, setting alarm kereta boleh lari ya. Moga tak jadi dah lepas ni.
ReplyDeleteDulu pernah jadi dekat area pasar kuala pilah. Tak pasti kenapa jadi macam tu. Kereta orang lain okay je pulak. Fuhh kalau kena selalu tu rabak poket. Semoga lepas ni tak buat hal lagilah kan.
ReplyDeleteldy kalau kereta meraung mmg terus panic.. terketar2 nak betulkan supaya ia berhenti berbunyi..
ReplyDeleteWaah baru tau kalo signal alarm kereta bisa terganggu Krn signal Telco. So far saya belum pernah mengalami gangguan alarm mobil macam ini.
ReplyDeleteKalau alarm bunyi ni memang kecemas la dibuatnya ..
ReplyDeleteMujur caption tulis sekadar hiasan…kalau tak baru je nak ngendeng kat PH nak tumpang naik buek ghaso2
ReplyDelete