Friday, 2 February 2024

Cuti Hari Wilayah

Anak³ di SRAI sekolah, jadi Ummi dating dengan Walidlah sempena cuti HW kelmarin. 

Ke Pusrawi dulu, ambil stok ubat Walid. 

Lengang je jalan pagi semalam. Warga KL cuti kan... 

Kemudian ke Nagoya, M3Mall dekat Taman Melati. Dah bertahun beli di Jakel, tahun ni tukar angin. Kalau tanya Ummi, Ummi memang lagi suka cari kain di Nagoya, lagi banyak pilihan dan tiada SA yang asyik membontoti 😂 (paham, tu keja depa) tapi rimas gakssss 🤭 

Otw balik, lalu kedai cendol yang Khairul Aming viralkan tu...

Dah ada yang beratur tapi tak ramai sangat. Mungkin awal lagi kot. 

Alang² KL cuti, pergilah jumpa buah hati kami di asrama :p Ahad lepas dia tertinggal beg sandang. Ada pencil case dan buku tahriri dalam beg tu 😇

Malam pula Walid ada meeting di Yayasan SMN. Bawa balik Mee Kari tapi semua dah tidur. Maklumlah dah dekat pukul 12 t/mlm. 

Ramai je sambung cuti kan? Ambil cuti Jumaat dapatlah 4 hari cuti. Macam cuti Thaipusam hari tu. 



16 comments:

  1. Beli kain ela untuk raya ke atau beli yang sudah siap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kain ela NA...lagi suka tempah esp utk baju raya...sedap pakai kata orang :D

      Delete
  2. bestnye cuti.. kami di sini xbercuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah cuti, tapi anak² sekolah..
      Selangor tak cuti hehe

      Delete
  3. Kain ela Linda di tailor dari tahun lepas.. Tak siap2 lagi... Hihihi

    ReplyDelete
  4. dah cari kain baju raya ke tu PH?saya pun dah berzaman rasanya tak masuk jakel,suka masuk nagoya tempah langsir

    ReplyDelete
  5. rimas kan kalau duk mengekor je kita. tak selesa nak membelek2. biasa la perempuan kan nak belek semua kalau boleh lepas tu baru buat pilihan. hiihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cie...kadang tu nak belek² dulu, banding² harga dulu kan...

      Delete
  6. Wahhh.. PH mesti shopping nak buat baju raya sedondon tu kan. Best la org KL dapat cuti bersambung².

    ReplyDelete
  7. Dah lama x beli kain kat Nagoya...outlet dia pun x banyak...

    ReplyDelete
  8. Memang tak suka SA yang mengikut ke mana2. Rasa nak menyorok je bila dia datang. Kih kih kih......

    ReplyDelete
  9. Bab beli kain ela..saya pun masih setia dengan Nagoya..hihihi

    ReplyDelete
  10. Saya juga selalu risih kalo diikuti pekerja marketing saat belanja di mall atau tempat perbelanjaan lah. Itulah kenapa skr ini LBH suka online apalagi kalo udah ketemu toko yg sesuai dengan selera kan.

    Indonesia tak merayakan thaipusam, tapi nanti 9 hari lagi pemilihan presiden, jadi bakal ada cuti panjang seminggu, Krn bertepatan dengan isra mi'raj , Imlek atau THN baru China dan libur bersama pula 😄

    ReplyDelete