Saturday, 27 January 2024

Mesin Basuh Pulak ๐Ÿ˜…

Selepas kereta², mesin basuh pulak minta cukai ๐Ÿ˜…

Elok lepas Walid gerak ke Kedah 8.1, malam tu dia dah meragam. Tak boleh on. Tapi, lepas 2-3x percubaan, boleh dihidupkan button start tu. Macam tu lah setiap hari hinggalah seminggu kemudian padam terus. Malas nak pening² or overthinking haha, hari² lepas hantar anak³ sekolah Ummi singgah je laundry mart. 

Hari pertama Ummi basuh baju di sini. Wangi, dia pakai Downy untuk softener. Second day Ummi pergi tempat lain, tak wangi haha ... So the following days jadi regular customer kat DQ ni la...

Begitulah selama seminggu hinggalah Walid balik dari outstation 19.1. Esoknya Walid ke kedai cari spare part sebab ikut analisis awal beliau mother board rosak ๐Ÿ˜ Jadinya belilah MB baru. 

Dah tukar, masih tak boleh on mesin basuhnya. Check sana check sini, rupanya fius terbakar. Tak tahulah fius terbakar menyebabkan MB rosak atau MB menyebabkan fius terbakar ataupun MB tu tak rosak pun, fius yang terbakar sebenarnya sebab tu tak leh on ๐Ÿคญ Tukang baiki pun amatur kan :p 

Apapun alhamdulillah selepas berjam jugalah godek sana, godek sini mesin basuh kami kembali berkhidmat. Syukur. 

Total damage: RM2** (mother board  + kepala plug) 

Alhamdulillah boleh repair sendiri.  Kalau tauke kedai tu datang tengok, dia caj RM80, tak termasuk kos barang. 

Biasalah, setiap benda ada life span kan? Sampai masa dia rosak juga. 
Tenang-tenang saja ✌️ 

12 comments:

  1. Alhamdulillah, sentiasa tenang.. :D.. orang kata petanda dah matang ia sentiasa tenang dalam pelbagai keadaan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah dah boleh guna balik. Moga tahan la beberapa tahun yang akan datang....

    ReplyDelete
  3. Jimat RM78.00.
    Syukur Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. Nasib baik En Hazel boleh baiki...takde la terbang melayang duit beli yg baru ye..SA masa duduk Sg Buloh suka pi DQ tu...best...

    ReplyDelete
  5. Kitorangpun ada mesin tidak boleh perah baju. Gelabah juga.
    Hehe bagusnya baiki sendiri. Kitorang panggil orang datang baiki.

    ReplyDelete
  6. Betul..kadang peralatan elektrik ni selalu juga berpunca dari fiusnya...benda kecil tapi besar impaknya..
    Alhamdulillah masih panjang umur mesin basuh tu...

    ReplyDelete
  7. Mesin basuh sekarang, mother board selalu cepat rosak kan. Alhamdulillah dah elok mesih PH.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah boleh baiki sendiri
    Kalau wak jadi tikus membaiki labu

    ReplyDelete
  9. sejak kahwin, rasanya yang pakai ni yang ke empat

    ReplyDelete
  10. ikin pernah...beli mesin basuh baru je beli tiber rosak...pgil org repair kna 150...sb kita xpndai repair sdri...bayar je lah

    ReplyDelete
  11. Memang susah kalo washing machine nih sampai rusak. Tapi asisten saya di rumah tak nak mencuci dengan mesin. Dia bilang dia terbiasa pakai tangan ๐Ÿ˜…. Jadi saya biarkan dia mencuci manual baju2 kami sekeluarga . Cuma kalo saat musim hujan, dia pakai mesin pengeringnya supaya tak banyak jemuran.

    Mesin cuci baru dipakai kalo asisten2 saya mudik saat lebaran ๐Ÿคฃ.di suruh cuci manual kayak si mbak asisten, tak sanggub lah ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete