Monday, 27 November 2023

Roti Canai

Semalam lepas hantar Kakak ke sekolah Ummi singgah isi minyak dan ke pasar beli ayam. Sunyi je pasar sebab Isnin mostly peniaga cuti. 

Nak beli nasi lemak singgit, pun tutup juga. Masuk je la kedai mamak Restoran Al Sarina sebelah market tu. Order roti kosong 3 dan Ummi minta kuah dhal lebih. Nampak sedap...

Kuah dhal tu ada kacang kuda dan kentang, sedap sangat sebab boleh kunyah kacang kuda dan kentangnya. Kebanyakan kuah dhal dikisar lumat bahan-bahannya hingga tak rasa tekstur kacangnya. Yang ni menepati citarasa Ummi. Rotinya pun lembut sampai ke petang. Boleh repeat 👍


12 comments:

  1. Selamat bersarapan.
    Selalu juga sarapan roti canai
    Tapi yanf frozen sarapan kat rumah

    ReplyDelete
  2. sedap tu..kalau lembut smpai ke ptg

    ReplyDelete
  3. wah..sedap nampak tu..kuah dal nya menarik. MA pun suka kalau ada kentang..dapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap MA, PH siap pesan kuah dhal tu bagi lebih haha...

      Delete
  4. Pagi tadi pukul 5am Pak Zain tanya Dania nak makan roti canai tak, atuk order sebelum dia pi Kolej..Dania cakap dia puasa hari ni...SA plak tengah siap- siap nak pi kerja..tengok roti canai tu ha..terus teringin tapi SA kena pantang sementara..result check up hari tu tak cantik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe SA, utamakan kesihatan dulu. Nanti dah okay, raso² la buat lepas hajat :D

      Delete
  5. Selalu beli roti canai kalau pepetang tu keras dah. Rare juga dpt yg lembut. Berbaloi la PH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ezna, yang ni lembut hingga ke petang, best 👍

      Delete
  6. Ammi jarang makan roti canai dgn kari dal. Dah terbiasa makan dal dgn nasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi dhal utk nasi lainkan Ammi? Warna macam kari ... Ke salah? Sbb kalau yg warna kuning ni selalu depa hidang dgn roti canai... I is makan ja haha...

      Delete