Monday, 20 February 2023

Cuti Sekolah Day 3 ~ Pucuk Paku Goreng Belacan


Hari ni ajak gegirls tolong siang pucuk paku. Ikutkan nak ajar masak sekali tapi kawan datang ajak main la pulak :D 

Pisau Adik guna tu pisau arwah Tok. Kalau bawa arwah gi mana-mana, pisau tu mesti dibawa sekali. Adalah kegunaannya bagi Tok :)

Pucuk Paku Goreng Belacan 

Ummi kisar kasar bawang putih + cili padi + belacan + ikan bilis. Bawang merah Ummi hiris kasar. Mula² panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bahan kisar hingga layu. Ummi tambah air sikit untuk kuah. Letak garam dan gula siap² then masukkan pucuk paku yang telah disiang dan dibersihkan. Gaul sekata semuanya. Sesuaikan rasa dan tutup api. Siap! 

Comel je pinggan Kakak; ayam goreng seketul, pucuk paku goreng belacan dan sambal petai dia letak satu-satu :) 

Sebelah pagi kami breakfast Western...

Abang & Angah yang tolong Ummi sediakan breakfast niWalid pula Ummi bekalkan nasi goreng...


Set sudu, garfu & straw stainless steel ni redeemed points Astro. Lama dah, sebelum pandemik rasanya. 

Untuk dinner, pucuk paku dah hilang dari radar haha .. Ganti dengan labu masak kicap dan talapia goreng berlada. Ayam goreng pun pakat ratah siang tadi :D 


Alhamdulillah, syukur selalu 🤲

12 comments:

  1. rajin semuanya gegirl tu...girl dkt umah ni nak pegang sayur pun taknak huhu,saya dah cuti bekal skejap cuma masak utk tghr je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena train supaya Ummi boleh goyang kaki nanti haha ..

      Delete
  2. Pelik pula labu masak kicap.
    Berganti lauk apabila malam.

    ReplyDelete
  3. Sy suka sgt pucuk paku, tapi tu la, kadang lepas masak tinggal secoet. Wah, kakak makan petai ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah betul SK...masa nak goreng kdg rasa mcm banyak sangat tp bila dah masak tu kecut hihi...

      Delete
  4. Bagus PH, bagi pendidikan kemahiran hidup untuk anak-anak 😁
    Lauk kegemaran saya juga tu…pucuk paku goreng belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah puan, dari asyik main je. Nak suruh study mmg xnak lah..Jadi kita ajar pelajaran lain :)

      Delete
  5. sedap pucuk paku goreng belacan. rajin anak2 tolong di dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat pucuk midin yg terkenal di Sarawak tu sis... Selalu nmpk digoreng belacan kan?

      Delete