Sunday, 29 January 2023

Cara Sedapkan Keropok Lekor Frozen

Setiap kali balik kampungnya di Kuala Terengganu, Mak Bee selalu bawa balik keropok lekor sebagai buah tangan. Ummi pula selalu belikan beliau rempah cap O, kegemarannya.  Walaupun keropok lekor atau rempah tu boleh beli di sini tapi bila dibawa dari kampung tu rasa lagi istimewa :) 

Pesan Mak Bee, " Kepok ni nak sedak rebus mmula... Boh air dalam piyok, beri didih dulu.. pahtu boh kepok tu. Bila timbul tu angkat. Toh dulu, pastu goreng" 

Pekat tau loghat Ganu Mak Bee ni ๐Ÿ˜ 

Ok, mula-mula panaskan air dalam periuk. Bila air dah mendidih, masukkan keropok lekor. 

Bila keropok dah timbul (terapung), angkat dan toskan. 

Kembang elok jadinya. Petua ni akan menjadikan keropok lekor kembali gebu dan sedap seperti baru dibeli. Kadang tu bila simpan lama even dalam freezer rasanya jadi tak sedap dan adakalanya masam kan... Cuba buat begini ye...

Sedap! 

12 comments:

  1. Alamak...dah la fav SA keropok lekor ni....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kongsi tips ni PH :) Saya suka makan keropok lekor rebus, anak2 pulak suka keropok lekor goreng. Lain kali boleh la try tips ni rebus dulu lepas tu asingkan & goreng pulak untuk anak2.

    ReplyDelete
  3. Naik angin Gajah Buana,
    Habis rosak sekebun tebu;
    Petua lama sentiasa berguna,
    Keropok keras menjadi gebu.

    ReplyDelete
  4. Tambah satu lagi, bedakkan dengan tepung. Tepung gandum semata, nanti dia jadi rangup dan gebu. Tapi sy kalau rajin jer buat, selalunya malas.

    ReplyDelete
  5. oh begitu caranya, lepas ni boleh la buat macam ni

    ReplyDelete
  6. Ada cara sblm nak goreng upanya ye. Dapnye kopok. ;)

    ReplyDelete
  7. Selalu buat ginilah kalau kopok lekor macam dah masam. Maklumlah beli jauh dari Terengganu, harus diselamatkan ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  8. Officemate Mrs. A yang dari Terengganu pun bagi tips sama kena rebus dulu baru goreng untuk lebih yummy! yummy! heheheee...

    ReplyDelete
  9. Baru tahu petuanya. Bolehlah cuba.

    ReplyDelete
  10. sy ada 1perasan takut kalau nak goreng keropok risau meletop..tp keropok terengganu banyak ikan tak meletop kot

    ReplyDelete
  11. selalu buat mcm ni...tapi x tau plak petua utk sedap kan keropok tu balik...

    ReplyDelete
  12. Hahhaa...macam terdengar pula pesanan tu dlm loghat Ganu๐Ÿคญ

    ReplyDelete