Monday, 1 August 2022

Ke Hotel Zenith Putrajaya

Tok Umi depa yang masih sihat dan aktif di usia 70-an 'mai Keyel' w/pun hakikatnya pergi Putrajaya:D Geng maktab perguruan Tok Umi dulu ada reunion di Hotel Zenith Putrajaya. Tok Umi, Tok Mah, Tok Cik Kiah dan seorang lagi kawan depa naik ETS dari Alor Setar ke KL Sentral. Kagum sungguh Ummi dengan tok-tok ni, sanggup datang dari jauh untuk berkumpul dengan kawan-kawan. Di usia sebegini, ada yang sudah bertongkat, berpimpin dgn anak, kurang sihat dsbnya tapi tetap hadir. Ummi yang muda ni pun belum tentu hadir, jika tak dihantar hingga ke depan pintu venue πŸ˜… Tapi, kenangan bersama itulah yang mahalkan? Sementelah di usia emas mereka... 

Dari Saudagar Nenas Agrofarm kami terus ke sini. Antara sebab kami tak berlama-lama di ladang nenas ialah sebab nak jumpa Tok Umi.  Kami berselisih dengan konvoi Perdana Menteri yang nak balik dari acara perasmian bulan kemerdekaan. Beliau turunkan tingkap lambai pada crowd, kami di seberang jalan pun excited melambai sama w/pun beliau pandang arah lain hahaha... 

Kami sampai Tok Umi dah menunggu di lounge. Duduk berborak di situ sambil makan kuih talam ubi gula merah yang Ummi bawa. 

Tempah dengan Quehto. Last minute order, syukur Ila terima. Ummi diperkenalkan kpd Ila oleh Solehah, favorite baker Ummi. Ordered something traditional instead of kuih/dessert modern sebab tok-tok kan, mesti suka kuih-muih gini :D 

Sedap kuihnya. Warga Gombak kalau teringin kuih talam/bingka bolehlah hello Sis Ila ni. 

Tok Umi belanja Nescafe. 

Kayangan sungguh harga segelas Nescafe kat sini 🀭

Sukalah anak3 dapat buah tangan ni ...

Naik sekejap ke bilik Tok Umi. Nampak Datuk K Rajagopal, former coach national football team. Walid pergi sapa, tapi segan nak ajak selfie. Pastu menyesal πŸ˜†

Cantiknya bilik 😍

Separated toilet & bathroom and sink. Dalam bathroom ada bath tub. 

Bilik Tok Umi lake view, 6th floor ... 

Macam kat overseas kan... 

Bekal Tok Umi dalam ETS... 

Goodies untuk majlis khatam Quran depa. Tok Umi bagi Ummi bunga telurnya. Kaftan cantik ni Tok Umi punya. Kawannya dari Terengganu bagi. 

Walaupun sekejap je jumpa, tetap seronok. Tok Umi pun dah selamat sampai di Jitra. Alhamdulillah. 

Till we meet again




14 comments:

  1. Wow dasat kan tok tok semua naik ets je mai kl naa... Harap2 kami pun dh tua2 nnt masih larat la nak berunion bagai heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama, harap sihat & kuat utk enjoy post retirement life dgn cemerlang :D

      Delete
  2. Semangat betul tok umi & kawan2 datang reunion. Datang tu bawak macam2 buah tangan pulak tu. Kagumnya. Semoga Tok Umi sihat2 selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, rajin depa :)
      Thanks for the doa 🀲

      Delete
  3. Boleh tahan tempat penginapan Ton Umi. Memang kagum sanggup datang ke Putrajaya naik ETS.
    Amboi banyaknya coklat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa warga emas, dapat special rate NA.
      Alhamdulillah rezeki cekelat :D

      Delete
  4. Ya Allah, kita pun tak reti (takut) nak naik ETS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita geng SK :) kalau dgn en suami takpa haha ..

      Delete
  5. Wah…kagum la dengan tok umi PH. Siap naik ETS dari utara.
    Cantiknya view dari bilik hotel tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My mil jenis aktif since muda, so nothing could stop her even at this age puan :) sentiasa ada aktiviti nak buat, alhamdulillah ok je

      Delete
  6. Entah kenapa sambil baca saya macam termasuk sekali dalam ETS bersama rombongan Tok Umi tu..rasa seronoknya ...diusia emas bahagia bersama kawan-kawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah MC, kita muda lagi πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  7. Kak laili naik ets pegi ipoh best tak jem πŸ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pernah try la ni, sy belum Kak. Askar ramai haha ...

      Delete