Thursday, 24 June 2021

Rezeki Pokok 🌱🌱🌱

Sementara anak-anak sibuk dengan PdPR, Ummi berkebun di luar rumah pagi tadi. Me-time 😉 

Re-potting pokok paku ni...

Bila Google, naik seram pula. Sebab namanya pokok paku langsuir! Mengintai di Lazada, ada harga rupanya pokok paku ni. 

Ummi dapat free je. Kontraktor rumah buat kerja perpaipan atas bumbung, tolong bersihkan sekali bumbung porch. Jumpa anak pokok paku ni. Entah macamana anak pokok paku langsuir ni tumbuh atas bumbung rumah tak tahulah. Ummi ambik tanam dalam pasu. Hidup elok dia...

Tengah kusyuk berkebun, jiran hulurkan sepasu pokok ros 😍 Besar hati Ummi terima pemberiannya. First time ni nak bela pokok ros. Harapnya subur dan berbungalah nanti. 

Sejak kebelakangan ni episod berkongsi rezeki kami dah next level 😆 Bukan setakat berkongsi makanan, now berkongsi pokok pulak :)

Bawah ni anak-anak pokok Kak Farah bagi...

Anak betik. Ummi dah transfer ke tanah. 

Anak durian Belanda. Belum transfer lagi. 

Anak cili. Kata Kak Farah dia nak buat chili garden kat depan rumah. Entah apa perkembangannya sebab since PKP 3.0 masing-masing berkurung :( 

Dua tiga hari lepas Kak Ana offer pokok sirih puteri. Esok-esoklah ambil sebab dah ada pasu kosong. 

Ini pula time jiran-jiran buat tut dekat jambu batu kampung Ummi, bulan 4 hari tu  Tak sangka, pokok jambu ni jadi asbab menambah kenalan dan medium bersilaturrahim dengan jiran-jiran. Ramai peminat buah jambu Ummi ni. Seronok dapat kongsi buahnya dengan jiran-jiran. Sekarang pun tengah lebat berputik. Ada juga yang minta pucuk jambu ni untuk buat ubat sakit perut. 

Akar dah banyak tapi belum transfer ke pasu lagi. Depa kata nak buat bonsai,  tanam dalam pasu Ummi dengan Kak Minah senyum je. Sebab kami anak kampung, tak pernah tengok pokok jambu batu kampung ni ditanam dalam pasu :D Tapi, excited juga nak tengok hasilnya. 

Petang tadi pula Mak Bee minta pokok keladi bintik-bintik belakang rumah Ummi tu. 
.
Benih Ummi ambil di tepi jalan di kampung Ummi lama dah... Sengaja Ummi biar merimba di belakang tu sebab takde pasu cantik. Lagipun katanya pokok keladi ni bahaya kalau kanak-kanak termakan daunnya. Sepanjang Ummi membesar di kampung, tak pernah pula ada kes pasal pokok keladi ni. Tapi itulah, bila jadi mak ni terlebih risau pulak! 

Happy gardening! 

6 comments:

  1. Seronok isi masa lapang dengan pelbagai aktiviti berfaedah. Memang rezeki sungguh, macam-macam pokok ditanam.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya di kejiranan Puan Hazel, aktiviti tukar-tukar pokok.

    ReplyDelete
  3. Seronok bercucuk tanam tak kisahlah tanam pokok bunga pun..rasa lain macam. Sambil tanam sambil ajak bual.

    ReplyDelete
  4. Seronok hidup dalam kejiranan macam Puan Hazel, saling bertukar tukar. Eeii geram kita tengok makhluk Allah berbulu tuuuu, sibukkk je dia tengok pasu hahaha

    ReplyDelete
  5. Rajinnya...hijau segar mata memandang

    ReplyDelete
  6. Salam bertani
    Pokok paku langsuir tu kena letak tempat teduh sikit sebab dia tak suka cahaya matahari derek

    ReplyDelete