Saturday, 10 April 2021

Itik Salai Masthar, Sg Gulang-Gulang, Tg Karang

Dari Shah Alam kami ke Tanjung Karang untuk urusan pertukaran sekolah Abang. Ringkas sahaja prosesnya; isi borang 'bersih diri" dan pulangkan buku teks. Selesai.
Dalam perjalanan balik ke Gombak, singgah isi perut di Restoran Itik Salai Masthar ni. Sebelum ni dah aim nak singgah disini, kali ni ada kesempatan. 

Menu istimewa pastinya masak lemak cili api itik salai, daging salai, ayam salai dan ikan keli salai. Semua ni disalai sendiri oleh empunya kedai.

Tempat salai. Kata àdik pelayan kedai tu, daging-daging ni disalai sehari sebelumnya supaya lembut dan "mesra bahan' untuk dimasak keesokan harinya. Patutlah sedap. Guna pula tempurung kelapa sebagai bahan bakar, naik aromanya. 

Selain tu, ada juga lauk-pauk lain seperti ayam goreng, ikan goreng dsbnya... Tapi tumpuan pastinya pada masak lemak cili api. Rugilah kalau tak cuba signature dish depa.

Sebab sedap sangat, tak cukup makan di sini, siap tapau lagi lauk itik dan daging salai ni. Kalau di Pilah ada Zaini Salai House yang terkenal dengan keenakan sajian salai-salai ni, Itik Salai Masthar ni pun tidak kurang hebatnya. Walaupun kedainya nampak simple tapi rasalah dulu masak lemak cili apinya, pasti nak repeat :D 

Kedai ni bersih... 
Parking luas...
Layanàn mesra, harga berpatutan...
Makanan sedap... 
Tak crowded, sebab kedai besar. Social distancing memang terjaga.  
Sinki pun banyak, tak payah berebut :p
Inilah faktor yang membuatkan Ummi nak datang lagi ke sini.

Sebenarnya banyak kedai makan best sepanjang jalan dari Tg Karang ke Kuala Selangor ni. Antaranya Warung Soto Pasir Penambang. Jika berkesempatan ke sini, singgahlah di salah satu kedai ni. انشاء الله tak mengecewakan.




5 comments:

  1. Jarang-jarang kita lalu area sana, kalau terlalu nanti bolelah singgah

    ReplyDelete
  2. Kalau salai dgn tempurung kelapa mmg sedap sungguh Tu.. Naik aroma masakan nya.. boleh Cuba nanti jika kesana..

    Ramadhan Kareem..
    Selamat berpuasa PH..

    ReplyDelete
  3. Ini sodap ni... tambah lg nk bulan puasa bestnya dpt jamu mata di bazar ramadhan yg org jual salai nogori ni... q pnjg je nk tapau

    ReplyDelete
  4. Rindunya nak balik Selangor! Banyak tempat nak dikunjungi.

    ReplyDelete
  5. Teringin juga hendak cuba.

    ReplyDelete