Happy dengar pengumuman YB Menteri Kanan Keselamatan semalam yang mana dibenarkan untuk rentas daerah/negeri. Alhamdulillah syukur sampaikan tak peduli dah PKPB di Selangor dan KL ni dilanjutkan sehingga 20 Disember 2020 ðŸ¤
Bukan apa, rasa free of mind sebab tak lagi tersekat nak kemana-mana. Tambahan pula bilangan penumpang dalam kenderaan juga dibenarkan ikut kapasiti sesuatu kenderaan. Tidak lagi terhad kepada 3 orang penumpang sahaja.
Walaubagaimanapun tidaklah bermakna kita dah bebas kemana-mana atau buat apa saja. Pastikan setiap masa kita jaga SOP, elakkan 3Cs dan amalkan 3Ws. Rata-rata di kalangan kita dah terbiasa/selesa dengan norma-norma baharu jadi teruskan menjaga diri & keluarga kita. Dengan usaha yang berterusan dan DOA berpanjangan kita dilindungi-Nya dari wabak ini, Insha Allah.
Ada 2-3 perkara yang kami teringin nak buat sebenarnya sejak hampir 2 bulan PKPB dilaksanakan di Lembah Klang. Top in the list of course nak balik kampung. Itulah yang ramai orang nak buatkan? Lagi satu, nak pergi bercuti. Tak jauh, dekat-dekat pun jadilah. A hotel staycation would be a good idea. Ada cadangan?
Lepas tu teringin nak makan di luar dengan anak-anak. Last time makan di luar sebelum PKPB bulan 10 hari tu. Dapat makan di kedai mamak pun jadilah. At least we feel a bit relieve and slowly feel that the situation is improving.
Apapun jangan leka dan jangan seronok sangat kata orang Kedah. Teruskan perjuangan kita menentang musuh yang tak dapat dilihat ni. Teruskan #kitajagakita 💪💪💪
alhamdulillah...akhirnya dapat balik kg
ReplyDeleteSoon Insha Allah :D
DeleteKita pun nak balik kampung minggu depan, rasa dah lama no tak berjalan ke utara.
ReplyDeletePuan Hazel & family, take care, semoga semuanya baik2 sahaja
Jumpa kat hiway la kita nanti SK :p
DeleteYou too, take care 🌹
Itulah nikmah apabila lama tidak dapat buat.
ReplyDeleteYe NA... Nikmat dapat jumpa ibu ayah & sanak saudara.
Deletealhamdulllah, cuma stat kes harian masih membimbangkan jadi kita sama2 jaga lah diri sendiri dan keluarga dan terus kan berdoa.. aamiin
ReplyDeleteYe kak ana, kena teruskan kawalan kendiri. Mohon dijauhkan dari kita wabak ni aamiin
DeleteStaycation dekat-dekat pun best jugak kan hehehe selain balik kampung :)
ReplyDeleteAah kak laili... Kesian ke anak-anak ni lah, dah lama tak jengok dunia luar haha
DeleteLega sangat dapat merentas negeri sebab memang ada urusan di negeri lain yang nak tak nak perlu disettlekan huhuhuhuhu. Semoga ada rezeki juga untuk berjimba
ReplyDeleteDepo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
ReplyDeletemampir di website ternama I O N Q Q.ME
paling diminati di Indonesia,
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
~bandar poker
~bandar-Q
~domino99
~poker
~bandar66
~sakong
~aduQ
~capsa susun
~perang baccarat (new game)
segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
Whatshapp : +85515373217
walaupun masih PKPB. syukur ada kelonggaran sikit boleh rentas negeri. senang ada urusan emergency ke apa kan.
ReplyDelete