Tuesday, 9 June 2020

Rezeki Durian 😋


Waktu Ummi singgah di H&A Craft buat bayaran curtains, pemiliknya ada maklumkan suaminya sedang menjual durian berhampiran Petron Sri Gombak. Durian kampung... Dari Beranang... Sekilo RM15.

Disebabkan keinginan nak makan durian belum membara, Ummi chill je dulu. Sambil tu dalam hati, mencongak... Kalau nak beli, kurang-kurang pun 2 biji. Harga pun mesti dalam 30 ringgit lebih ni. Tunggulah bagi stock banyak dulu. Harga mesti jadi lebih murah. Last year Ummi beli durian Batu Kurau, dijual ikut saiz. Ada yang RM15, ada yang RM20 dsbnya. 2-3 kali repeat beli.

Tapi dah tersurat rezeki kami makan durian semalam. Sampai di rumah nampak jiran sedang menjinjing durian masuk ke rumah. Menjeling ke dalam Hiluxnya, bertimbun-timbun buah durian.
Ringan je mulut bertanya... Jual ke bang? Dah dia kata ye, teruslah serbu haha... Durian dia ambil dari Raub. Pukul 7 tadi dia ke sana. Memang rezeki kamilah dapat beli durian fresh. Dapat juga diskaun, harga jiran-jiran alhamdulillah. Mustang King pun ada tapi kami prefer D24.

2 biji RM47. Rezeki anak-anak 

Kucing tidoq 😍

Alhamdulillah isi semuanya elok...

 Bila dah ada durian, apa lagi masak pulutlah. My all time favourite, sama dengan arwah Pak. 


Pulut durian ni paling sedap makan dengan durian fresh. Kembang kuncup hiding Ummi bila anak-anak cakap ' fuh, sedap betul pulut durian Ummi ni. Padahal yang sedap tu duriannya haha...  Cuma, pulut yang ditanak tu biarlah lembut, baru sedap. Santannya pula janganlah terlalu cair atau terlalu pekat. Sedang-sedang saja tapi kena cukup lemaknya, barulah pulut durian kita sedap.

Lemang Pak Ali. 
Lalu MRR 2 tadi singgahlah beli sebatang. 


الحمدلله على کل حال

4 comments:

  1. sedapnya la durian..setakat ni belum ada rezeki nak beli durian tunggu ada yang menjual di sekitar taman ni dulu baru beli

    ReplyDelete
  2. Baru sekali membelu durian. Akk suka durian kampung.

    ReplyDelete
  3. kat simpang depan trafiq light tu dah ramai orang jual durian.. mcm pesta dah. tgh tggu durian kampong. mak mertua roger jee terus balik kampung heheheh

    ReplyDelete
  4. Sedapnya durian. Belum merasa lagi musim ni. best tu dapat isi cantik cantik camni.

    ReplyDelete