Sunday, 13 October 2019

Final exam pulak!


Mulai hari ni (14/10) hingga 24/10 nanti anak-anak ada Peperiksaan Akhir Tahun (PAT). Tapi Ummi biasa je. Nak kata stress pun tidak, rileks sangat pun tidak. Dah namanya mak-mak, mestilah ada juga rasa "anxious" tu kan. Standardlah tu...

Kalau ada, yang kata nanti anak dah lepas SPM oklah tu. Tidak. Ummi pernah dengar dari mulut gynea Ummi sendiri, setiap kali anak-anaknya nak ambil exam di universiti especially during final year dia akan stress! Terus Ummi bayangkan lama lagilah Ummi nak kena hadap 'sindrom anak-anak exam, maknya yang stress' ni haha... Anak sulong UPSR pun tak lepas lagi 😂😂😂

Jadual PAT depa... 




Tapi secara keseluruhannya Ummi cuma risaukan Abang je. Harap sangat dia dapat masuk dalam kelompok terbaik sebab PAT ni akan tentukan ranking kelas untuk darjah 6 nanti. Ikut kata mak-mak yang lebih senior, jika berada di kelas pertama, banyaklah kelebihannya bagi anak-anak T6 ni. Sekelas dengan kawan-kawan yang cemerlang, daya saing jadi lebih tinggi. Insha Allah Abang boleh!


Angah pula... Ingatkan exam utk Tahap 1 ni dihapuskan terus. Rupanya ada juga PAT. Biasalah Angah tu... Bila Ummi suruh study ada je melencongnya. "Kalau Angah tak buat revision, macamana Angah nak jawab exam?" tanya Ummi. Selamba je dia jawab "Angah hentam je lah" 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️ Memang tak makan saman anak bertuah seorang ni :( Tapi Ummi tetaplah juga bagi dorongan. Tetap doa bagi Angah dapat naik pentas, untuk subjek terbaik pun tak apa. Takut dia rasa down pula bila tengok Abang Kakak naik pentas macam tahun lepas. Insha Allah Angah boleh! 


Untuk Kakak, no pressure at all haha... Tapi Ummi tetap suruh dia buat yang terbaik, kekalkan kecemerlangan macam sebelum-sebelum ni. Kalau dapat ke ujian setara lagi alhamdulillah. Itu bonus. Dan ada juga harapan yang lebih besar untuk Kakak. Insha Allah Kakak dapat nanti!

4 comments:

  1. bila ank nk exam mmg mak yg stress..nk2 kalo exam besar..hehe..tp zaman skarang mmg challenging..smoga dipermudahkan utk ank2 yg nk exam

    ReplyDelete
  2. ammi pun rasa agak stress bila anak-anak nak exam. Mungkin sebab penat bekerja pastu balik malam kene duduk dengan anak2 di meja belajar dan belajar sama especially utk Math.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, part kena duduk sekali buat revision tu paling penat ammi! Sampai maknya pun jadi pandai sekali 😆😆😆

      Delete