Tuesday, 14 May 2019

Al Fatihah ~ Bro Najib



Terkedu Ummi bila mendapat perkhabaran bahawa seorang bekas rakan sekerja kami, Bro Najib telah kembali ke rahmatullah menjelang Maghrib semalam (8 Ramadhan 1440). Baru pagi ni berita pemergiannya di maklumkan. Muda lagi arwah, belum 40 pun usianya. 

Perginya dalam keadaan mudah, meninggal di dalam tidur sewaktu menunggu waktu berbuka. Allahu! Mulianya pengakhiranmu, pergi dalam bulan puasa yang mulia. Menitik air mata Ummi bila ex-boss mengucapkan titipan berbunyi "syurga firdaus insha Allah aamiin ya rabb" Dalam sebak ada rasa cemburu, cemburu untuk beroleh pengakhiran semudah dan semulia ini. Apalah agaknya amalan arwah yang membolehkannya mendapat keistimewaan ini.

Sepanjang mengenali arwah, orangnya biasa-biasa je. Tapi bibirnya sentiasa dihiasi senyuman. Suka bergurau, gurau bertempat pastinya. Bicaranya santun dan lembut. Arwah ni suka makan. Selalu diajak Ummi dan rakan sekerja lain keluar makan. Sanggup arwah jadi driver asalkan ada teman makan.

Suatu ketika, arwah bersama seorang lagi rakan sekerja, Bro Hafiz ditugaskan ke Langkawi mengendalikan satu program high level bertaraf international. Para peserta pun terdiri dari bosses berpangkat GM ke atas. Cerita arwah, suatu malam mereka diajak oleh seorang peserta dari Middle East untuk menikmati seafood di sebuah restoran mahal. Lepas habis makan, datanglah waiter membawa bil. Ummi ingat lagi kata arwah " saya dah berpeluh dah kak... Takde duit nak bayar. Saya pandang Hafiz, dia pandang saya..." Haha... Itulah time makan tak ingat, time nak bayar baru cuak :D rezeki depa malam tu, peserta tu yang bayar. Apalah sangat 400 ringgit tu bagi orang berpangkat macam Pak Arab tu kan. He treated them sebab dia seronok dengan layanan first class team kami agaknya. 

Seronok berborak dan bertukar fikiran dengan arwah. Dia tahu banyak benda; general knowledge, politics, sukan semua perkara boleh sembang. Tak pernah nampak dia marah. Kalau tertekan pasal kerja pun, arwah lebih suka mendiamkan diri. Jujurnya Ummi hanya teringat perkara baik tentang arwah. Semua orang mengenang arwah sebagai insan yang baik.

Coretan sahabat arwah. 
 Memang arwah insan terpilih. 

Ya Allah! Ampunilah dia, tempatkan dia bersama para solehin. Berilah kekuatan, kemudahan dan perlindungan kepada isteri dan anaknya serta keluarga yang ditinggalkannya. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.

6 comments:

  1. Al-fatihah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  2. alfatihah..
    pergi yg dicemburui di bulan yg baik, bulan mulia. bulan ramadhan

    ReplyDelete
  3. ramai kan yang pergi pada bulan Ramadhan yang mulia ni...semoga kita nanti pun pergi dalam husnul khotimah...

    ReplyDelete
  4. Innalillahhiwainnailaihirojiun...
    Dari Allah kita datang kepadaNYA kita kembali.
    Orang baik selalunya akan pergi dahulu.
    Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete