Sekalung tahniah Umi ucapkan kepada Hj A dan isterinya, Hjh A atas kelahiran baby Saif yang comel lotey 😘 sedap nama baby.
Pasangan HAHA ni kami kenali sewaktu sama-sama berkhidmat sebagai Sahabat Tabung Haji di tanah suci.
Adik geram je tengok patung lion tu 😊 |
Kali pertama bertemu selepas 4 tahun. Banyak yang nak dibualkan tapi itulah, kenduri kan... Tuan rumah pun sibuk melayan tetamu, kita pulak sibuk makan haha... Kalau nak sembang lama, kena buat reunion. Baru puas bersembangkan...
Demi meraikan tetamu, dengarnya Hj A sempat buat food testing bagi memastikan lauk pauk yang dijamu sedap dan lazat. Patutlah sedap semuanya :)
Sempat juga bersaing dengan Hjh Amy, geng Sahabat TH juga. Tapi itulah masa mencemburui kami...Ada rezeki harap dapat jumpa lagi. Insha Allah.
Moga baby Saif membesar dengan sihat, sentiasa dilindungi-Nya dan menjadi penyejuk mata ibu ayah selamanya.
Alhamdulillah semoga baby saif membesar jadi anak soleh :)
ReplyDeleteAamiin.
Delete