Sunday, 29 April 2018

Kenduri 13/18 ~ Aqiqah baby Saif πŸ’



Sekalung tahniah Umi ucapkan kepada Hj A dan isterinya, Hjh A atas kelahiran baby Saif yang comel lotey 😘 sedap nama baby.
Pasangan HAHA ni kami kenali sewaktu sama-sama berkhidmat sebagai Sahabat Tabung Haji di tanah suci. 

Adik geram je tengok patung lion tu 😊

Kali pertama bertemu selepas 4 tahun. Banyak yang nak dibualkan tapi itulah, kenduri kan... Tuan rumah pun sibuk melayan tetamu, kita pulak sibuk makan haha... Kalau nak sembang lama, kena buat reunion. Baru puas bersembangkan... 

 Demi meraikan tetamu, dengarnya Hj A sempat buat food testing bagi memastikan lauk pauk yang dijamu sedap dan lazat. Patutlah sedap semuanya :) 


Sempat juga bersaing dengan Hjh Amy, geng Sahabat TH juga. Tapi itulah masa mencemburui kami...Ada rezeki harap dapat jumpa lagi. Insha Allah. 

Moga baby Saif membesar dengan sihat, sentiasa dilindungi-Nya dan menjadi penyejuk mata ibu ayah selamanya. 


Saturday, 28 April 2018

Kenduri 11&12/2018 ~ Dari Titiwangsa ke Batang Kali


Orang sibuk ke pusat penamaan calon, kami pun sibuk juga. Sibuk makan kenduri :) 


Mulanya ke Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa memenuhi undangan Tn Hj Yusoff yang menyambut menantu. Kami di sambut mesra oleh tuan rumah. Dah lama tak jumpa Haji & isterinya tapi both maintain je. Tak dimakan usia! 



Tenang dan sejuk mata memandang tengok deco dalam dewan ni. Susunan napkin warna biru nila nampak sangat elegant. Warna air punch tu pula menaikkan seri. 

Food memang sedaplah. Air tangan D'Saji memang tak pernah mengecewakan. Lazat sentiasa. Elok nak habis makan, kami disajikan dengan cendol air tangan Songkok Tinggi, dari N9. Terbaik! 


However, star of the day of course lah kambing golek ni. Beratoq panjang aih pakat nak rasa kambing ni. Kakak pulak sampai ke malam asyik sebut pasal kambing ni je. Sedap. 

Sebelum bergerak ke Batang Kali, singgah solat dulu. Ada surau di tepi parking lot. Nak masuk kereta baru perasan. Alang-alang dah nampak surau, elok kita solat dulu. Dah solat ni selesa sikit. Kalau traffic sesak ke lega sebab dah solat. Kita nak travel pun rasa lapang je. 

Kami sampai Batang Kali around 2pm. 
First time rupanya kami sampai ke pekan Batang Kali ni. Sebelum ni kami ingat dah sampai ke sini, rupanya pekan sebelum tu pekan Ulu Yam Bharu. Jarak kedua-dua pekan ni dalam 6km. Tak habis jelajah lagi rupanya. Kononnya nak naik Genting ikut jalan ni la. Tapi entah bila nak tercapai hajat pun tak taulah huhu...


Seronok jumpa En Mail, pomen yang selalu service/repair Cik Tam dulu. Sekarang En Mail pun dah pencen. 22 tahun dia kerja dengan orang now buat freelance. All the best En Mail. 

Umi ambik juga nasi sebab nampak gulai pisang muda ni. Tapi share dengan Walid lah sebab masih kenyang. 


Anak2 layan aiskrim Malaysia je. 

Semoga kedua pasangan mempelai beroleh rahmah, mawaddah & sakinah dalam rumahtangga. Aamiin. 

Terima kasih daun keladi ye tuan-tuan rumah πŸ˜†

Wednesday, 25 April 2018

Best rupanya guna 'iron Amway'...


Umi kalau bab laundry memang suka. Basuh, sidai, angkat, lipat semua Umi suka. Lagi banyak lagi best. Ada orang tak sukakan tapi Umi rasa release tension je 'bergelumang' dengan kain baju ni haha... Lagi best dapat lipat kain sambil layan movie kat tv. Rasa macam ini dunia ana yang punya πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Tapi Umi tak suka iron baju. Tak suka satu hal, tak pandai pun ye juga... Especially pants. Tapi of course lah kena iron juga baju sekolah anak2 dan baju/tudung Umi pun. Iron tetap iron cuma tak lendik (kemas/cantik) macam kat dobi tu. 

Masa Walid cakap nak beli 'iron Amway' tu Umi cakap tak payahlah. Baju/seluar kerja Walid pun hantar dobi. Baik beli PC Noxxa kat Umi πŸ˜‰ tapi tu lah senyap-senyap je Walid kawtim dengan Tok Umi beli 'iron Amway'. Nama je 'iron Amway' tapi actually product Philips. The case of "Philips punya iron, Amway dapat nama" haha...

Alasan Walid supaya mudah Umi nak iron baju anak2. Munga-munga hati Umi 😘 but  I doubt myself at first. Kita taulah ability kita kan esp bab iron ni memang ke laut... Tapi bila Umi dah start guna tu memang sangat-sangat best. Laju je Umi iron baju. Memang sedap rupanya guna iron ni, smooth je. Tak payah nak adjust dah suhu. Auto detect. Patutlah kawan-kawan Umi cakap seronok guna iron ni. Memang cepat kerja iron baju esp yang ramai anak2 bersekolah macam kami ni. 

But honestly Umi bengang juga dengan depa ni. Iron Umi dapat bulan 9, tapi iron board bulan 1 hari tu barulah dapat. Katanya ada problem. Kena return stock iron board tu sebab ada masalah karat. Dunno lah tapi of course Umi bising juga w/pun Walid yang beli haha... Iron dah dapat tapi iron board on the way kata depa. 3-4 bulan gap tu. 

Received on 24/9/2017

Model tak berbayau bersama iron board received on 12/1/2018

But yang kelakarnya bila iron board tu dah sampai, Umi simpan je. Walid pun heran, hari tu kemain riuh iron board tak sampai-sampai 😊 iron board lama elok lagi pakai jelah. Cuma baru minggu lepas Umi start guna, itupun lepas kena 'sound' dengan Tok Umi. Haha... Bila guna iron board baru ni lagi mudah rupanya kerja menggosok Umi. Board tu kan panjang, lebar and is designed to suit the iron itself so memang ngam lah digunakan bersama. Lagilah Umi suka nak menggosok sekarang ni. 

Umi just share my experience ye, bukan nak promote produk ni. Takde apa-apa kepentingan pun. Membership Umi pun dah expired long long time ago :p 
 Umi suka baca review orang before nak beli apa-apa product esp yang harga ribu riban macam iron Philips ni. So this is my story.  So kalau ada yang nak beli, ianya memang very helpful. Jimat masa dan tenaga. But again, think about the cost. Ours is rm1600. Itupun bayar installment, kalau tak kirim salam je lah 😝

Tuesday, 24 April 2018

Kenduri 10/18 ~ Iman turns 10 y/0 πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚



Pagi kami tengok kakak bersukan, lepas zohor ke kenduri kesyukuran & bday Iman, kawan Abang. Macam tahun sudah, tahun ni pun meriah juga kendurinya. Mewah dengan makanan. Nasi putih, sate, bihun sup semua adalah. Yang paling best sambal petai udang dan sambal bilis tempoyak. Waduh! Enak bangat πŸ˜‹


Tahun ni Abang & co sempat join Iman potong kek birthday. Kemain anak2 Umi nyanyi lagi happy birthday untuk Iman. Maklumlah cik Azie cakap siapa nyanyi paling kuat dapat hadiah haha... 
Lastly semua orang dapat hadiah yeah! 


Terima kasih daun keladi ye Azie
Tahun depan jemputlah lagi πŸ˜‰

Untuk Iman, semoga dipelihara & dirahmati Allah sentiasa. Aamiin. 

Sunday, 22 April 2018

Kakak ~ Sukan Pasti 2018


22 April 2018|Ahad 
Padang Sungai Tua @ Changi

Semalam hari sukan Pasti Kakak... 
Tahun ni depa divide ikut DUN, tempias GE14 la agaknya. And because of redelineation, Pasti kakak pun 'tercampak' ke DUN Sg Tua :( tapi still dekat juga.

Kakak sampai awal, 7.30 dah ada kat khemah tapi cikgu2 pun belum sampai. Umi skema ikut arahan dalam surat hehe. 


Comel je kakak sorang2 baju kuning. Geng baju coklat dah ramai tu...


Hah Cikgu dah sampai. Terus kakak disiapkan untuk acara perbarisan.


 Pukul 9 baru perbarisan start. Sekarang kan panas, kesian pulak anak2. Ada yang dah menangis, lapar, boring dsbnya. Yang taknak join perbarisan pun ada hehe... 

Sebelum ni Umi tak pernah pun nak berpayung bagai bila di padang tapi semalam tu panas betul. Dengan Adik lagi memang nak kena payunglah. Mujur takde yang pengsan. Yang muntah adalah, maybe perut kosong kot. Kesian Bella. 

Event semalam pun jadi platform untuk perkenalkan calon juga. Ustaz Mad China calon DUN Sg Tua tukang bagi medals. Isteri calon, bukan calon isteri hehe pun bagi hadiah juga but Umi tak perasan pun yang mana satu. Dah dekat election ni kan mana-mana event pun macam tu lah... Hatta Umi pergi kenduri semalam pun tuan rumah bagitau "YB (incumbent) pun datang tadi Kak"... Agaknya dia pun terkejut sebab buat kenduri DOA selamat bday anak je tapi YB datang :D 

Undilah saya πŸ˜‚

Alhamdulillah after all the hardship and drama haha Pasti kakak menang juara keseluruhan group 2. Wah makan hamperlah kakak esok. 



Lepas selesai each game terus dapat hadiah. Senang & jimat masa. 

Angah & Abang jadi bodyguards kakak hehe...

Kakak pulak dapat 1 silver medal dan 2 bronze medals. Tahniah kakak! 😘😘😘 Tahun depan kita 'sapu' gold medals pulak ye. 


Wednesday, 18 April 2018

Air tangan Dylla Zayri yang super sedap πŸ˜‹



Hari tu Umi nampak k.Zai post gambar kek birthday (brownies) yang dibuat sendiri oleh anaknya, Dylla Zayri. Umi tunjukkan pada Angah terus dia cakap "Angah nak kek ni bday Angah nanti". Memang tengah survey pun time tu nak beli kek untuk birthday dia. 


Umi pun risik-risiklah dengan k.zai. rupanya bukan brownies je yang Dylla buat, macam2 kek/brownies juga kuih frozen.  

Dugaan betul kan nampak kek-kek ni. Rasa nak try semua




So untuk birthday Angah hari tu Umi pun order lah brownies tu. Alhamdulillah memang sedap. Rich with choc flavor but not too sweet. Balanced rasanya. Sekali depa 4 beradik hadap je dah tinggal separuh bekas πŸ˜† 

Kek Angah hari tu macam ni la

Then masa buat makan-makan tempohari Umi order lagi dengan Dylla. Senang sebab boleh COD. Kali ni Umi order kek pandan gula melaka pulak. Alhamdulillah tak mengecewakan sebab tu Umi berani recommend kat blog ni. Yang jadi rebutan dan dapat banyak pujian that day were this kek and kari daging k.Zana. Lauk pauk Umi masak takdak sapa pun puji haha... Lepas ni kita order je lah semua ye B πŸ˜‰


 Jangan tak tau, sampai ke Kedah kek tu. Adalah Umi tapau untuk ipar duai sikit buat rasa. Kuih frozen pun sedap. Umi dah rasa juga cucur badak hari tu. Size besar macam kuih dulu-dulu bukan cinonet macam sekarang πŸ˜€ 

Boleh contact Dylla di FB ni πŸ‘†

Kalau ada yang nak order silakan. Umi memang recommend baik punya :) Ini bukan sponsored post ye. Umi ikhlas nak share sebab memang sedap dan mudah sangat deal dengan Dylla ni. Yang penting boleh bayar cash on delivery, with small charges of course.  




All the best Dylla ✌

*Credit photos to From the Kitchen of Dylla Zayri. 

Tuesday, 17 April 2018

Semuanya rezeki... alhamdulillah


Rabu
Rezeki dari kebun bandar milik paktam.
Ada pisang bersikat-sikat, betik muda/masak berbiji-biji, bunga kantan bertangkai-tangkai... 



Dah masak ranum dah pisangnya. 

Khamis
Sejadah dari Turki titipan member Walid yang baru balik assignment di bumi AtatΓΌrk. 


Jumaat
Cenderamata dari Vietnam, kiriman ex-officemate Walid. Souvenir shirts untuk anak2, T-shirt Hard Rock Cafe untuk Walid juga kain lace untuk Umi. Terharu sungguh rasanya sebab untuk Umi pun ada juga 😘


Tq Aunty Atiq. Luv u 😘😘😘

Isnin
Ada staff HR hadiahkan Walid 2 jilid buku ni. Buku ni depa guna untuk kelas mingguan dengan ustaz. Mudah untuk Umi Walid guna untuk buat rujukan masalah-nasalah fiqh. Sekarang ni pun Abang & Angah makin rajin bertanya itu ini bab-bab fiqah ni. 


Alhamdulillah 'ala kulli hal

Antara amalan murah rezeki yang boleh kita amalkan sama-sama; 

1. Bersyukur ~ kecik/besar kebaikan yg Umi dapat Umi akan bersyukur. Begitu juga jika terlepas dari sekarang masalah/musibah cepat-cepat Umi zahirkan rasa syukur. Bukan sekadar di bibir tapi zahirkan di dalam hati juga perbuatan. Macam sejadah tu, Walid dah start guna dah. Niatnya agar pahala mengalir juga pada si pemberi. Lagi satu, jika ada perkara besar yang dapat atau terlepas dari musibah jangan lupa sujud syukur. Makin banyak Allah bagi nikmat pada kita, makin dekat kita dengan-Nya. Jangan riak takabbur takut nanti diuji dengan istidraj. Nauzubillahi min zalik. 

2. Ikhlas dalam memberi ~ jangan sesekali mengungkit pemberian tersebut. Once dah bertukar tangan, finish. Khalas!. Tak perlu jaja kebaikan kita. Allah nampak. 

3. Jangan harap balasan dari si penerima ~ dulu Umi jahil juga. Bila bagi barang kat orang tu kadang tu harap juga nanti bila dia pergi mana2 ke harapnya adalah souvenir untuk kita juga. Tak payah! Nanti kita jadi frust bila orang tu tak balas. Lama-lama kita jadi malas nak memberi. Sebab tu jangan harap kan balasan sebab makhluk sesama makhluk ni saling berkehendak. Mungkin dia tak bagi kita sebab dia nak bagi pada orang lain. Itulah lemahnya manusia. Yakinlah yang berhak membalas hanya Dia. Perasan tak kadang tu tiba-tibanya ada orang bagi kita something padahal kita tak pernah pun bagi apa2 kat dia kan... Itulah aturan rezeki dari Allah. Bila kita sedekahkan sesuatu pada A, kadang tu Allah hantar B ke C D ke untuk balas pada kita. Pointnya once kita dah memberi, leave it to Allah to reward us. Tak dapat balasan pun takpe, pahala dah guarantee dapat kan? Insha Allah. 

Cukuplah dulu. Umi dah lupa points nak share πŸ˜‰



Monday, 16 April 2018

Abang ~ Program Cakna I-Kidz



Seingat Umi masa sekolah rendah dulu tak pernah ada pihak luar macam students U ke yang datang sekolah buat program. First time Umi joined program yang melibatkan students U pun masa form 5 kalau tak silap.  Itupun abang-abang & kakak-kakak senior datang bagi talk and share their experience kat U. Memang seronok lah dengar. Masing2 bersemangat nak masuk U. 

Tapi untuk Abang ini kali ke-2 dia terlibat dgn program anjuran pihak sekolah dan students' society. Tahun lepas program b.arab. Tahun ni program dgn kuliyyah ICT. I-kidz tu stands for innovation kidz. It supposed to be innovative kan? Entahlah...hari tu dengar program manager dia sebut innovation hehe... 

Satu hari penuh program dari pukul 8 pg hingga 6 ptg. Kita rasa macam lama tapi time jemput Abang tu tengok masing2 ceria dan bertenaga lagi.  Pandai adik2 fasi ni handle πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Umi suka je Abang joined program-program macam ni. Dapat experience and develop character. Hari tu pun banyak games yang depa main. Group Abang jadi naik juara keseluruhan. Dapatlah air gas sebotol haha... Actually depa dapat hamper tapi dah bahagi sorang sikit, Abang ambik air gas. Masing2 dah nak balik tak dapatlah depa kongsi makan sama-sama. 


Saturday, 14 April 2018

Bersantai di Singgah Santai Resort, Hulu Langat




Cerita minggu lepas...
Kami sekeluarga joined family day anjuran ex-officemates Walid. Program santai-santai sesama staff je. Tak melibatkan HOD pun. Itu yang Walid, Syed bawa family masing2 ke sini. W/pun dah tukar tempat kerja, their friendship remains strong alhamdulillah.





Dari main road tu 2.5km ke resort (sebelah kiri) jika menghala Pangsun. 

Singgah Santai Resort ni terletak di Hulu Langat je. Cantik dan terjaga tempat nya. W/pun dibuka untuk public tapi tak crowded. Cuma ada 1-2 keluarga je yang datang mandi manda kat situ hari tu. Resort ni hanya dibuka pada sabtu, ahad & public holidays je. Even cuti sekolah pun waktu operasinya sama juga. Weekdays depa cuci kolam dan masukkan air baru ikut kata staff kat situ. Kalau nak stay situ during weekdays kena book minimum 5 bilik.











Ada 3 kids pools kat belah depan ni. Kedalaman berbeza dan suhu air pun berbeza; sejuk, suam & panas sikit.







Di seberang sungai, ada adult pool conjoined with another kids pool.

Seronok dapat gathering dengan depa ni. Tapi yang tak bestnya kami sekeluarga kurang sihat. Masing2 mengalami simptom food poisoning. Ada yang muntah, ada yang cirit, ada yang loya huhu...



Tengok lah betapa ting tong nya Umi hari tu... Boleh pulak Umi sarung selipar sebelah, sandal sebelah πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Kami lunch di cafe resort. Menu ala-carte. Selera makan memang takde tapi order jugaklah untuk alas perut. Cafe sebelah je dengan pool so Angah & Adik tak menyempat-nyempat makan terus duduk tepi kolam haha... Ikutkan outside food is not allowed tapi kami bawa juga bekal, lebihan breakfast tadi. Since kita stay situ, idaklah depa check beg kita pun. Kalau guest yang datang untuk mandi pool je memang tak boleh bawa masuk food.

Cafe
.


Ini bilik kami, family room (RM215/night). Ada 2 katil queen. Bilik luas & selesa. Ruang antara katil luas, muat kami solat jemaah kat tu. Bilik kami betul2 mengadap kolam, tingkat 1. Corner lot pulak tu haha...buka pintu terus nampak pool. Rasa macam nak terjun tiruk dari balcony bilik je 😎

Ada towel 2, telekung & sejadah serta 2 botol air mineral. TV channel Enjoi. Yang specialnya aircond 2 unit! Mula sampai kemain on dua-dua aircond tu. Memang sejuk tahap bekulah :p



Cuma water pressure kurang kuat. Ada shower tapi air ala2 gerimis mengundang je. Sudahnya kita tadah air dalam baldi je. Lagi puas mandi.. Baldi dengan gayung memang depa sediakan.



Malam tu ada dinner. Macam biasalah kami memang tak pernah ikut tema haha... Kita bagi chance je la orang lain memang best dresses. Umi pun time ni dah rasa seram sejuk. Ikutkan taknak join tapi Walid pujuk suruh tunjuk muka juga. Elok je nak makan kakak nak muntah. Mujur sempat sampai bilik. Lepas tu Umi stay kat bilik je la. Tapi boleh dengarlah depa dok riuh rendah di hall. Ada acara tukar2 hadiah dan karaoke session sampai kul 12. Ada yang merdu, ada yang kategori kalau tak nyanyi lagi sedap πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Setiap keluarga kena beli hadiah berharga RM20 untuk ditukarkan dalam sesi ni. Ini hadiah kami dapat alhamdulillah. 



Food untuk dinner tu Umi personally rasa a bit pricey; RM48 (adult) & RM28 (children > 5 y/o) for a BBQ set. Menu; nasi goreng, ayam/kambing/ikan kembung & keli, sosej, fries, coleslaw, tembikai & air oren. Selain nasi goreng tu rasanya elok juga kalau ada spaghetti ke...at least adalah option kan... Tapi charge tu maybe include upah staff depa yang bakaq semua tu. Taste wise OK.



Ini pula menu breakfast. Oklah not bad. Ada nasi lemak & mee goreng untuk heavy meal w/pun nasi lemak tu lauknya hanya telur rebus & ikan bilis je.  Tapi sambal dia sedap. Dah lama Umi tak makan nasi lemak dengan sambal pedas macam ni πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Hari ni selera makan Umi dah OK. Itu yang rasa sedap je semua tu hehe...

Umi nak cadangkan pada organizer, next gathering buatlah telematch or any activities yang dapat merapatkan lagi ukhuwah. This time aktiviti bebas je so masing2 layan keluarga masing2 je. Kurang aktiviti bersama so tak dapatlah nak tukar-tukar cerita especially the spouses. Umi pun sempat hai-hai bai-bai je dengan depa. Kurang sihat dan asyik dok perati anak2 dalam kolam je πŸ˜€



And finally, as to recap our previous gathering;
2013 ~ Gold Coast Morib.
Umi tak buat entry pun sebab time ni tengah mabuk pregnantkan kakak.
2014 ~ Desa Balqis, N9.
Kami tak join sebab dapat jadi tetamu Allah this year.
2015 ~ Mandurah Hotel, Kuantan.
This one is the best so far πŸ‘πŸ‘πŸ‘
2016 ~ D'Ark Resort, Janda Baik
2017 ~ takde huhu... Time ni HOD depa yang sporting tu tukaq dept. Then one after another staff resigned including Walid. Bak kata Syed transition period time ni :)
2018 ~ here we are.





Thanks everyone!