Sunday, 9 July 2017

Alif Homestay, Baling



Credit :owner. 


Ikutkan tahun ni turn beraya di Jitra tapi kami sepakat nak tunaikan hasrat Tok nak beraya di kampung. Di usia Tok yang dah hampir 80 tahun ni, kalau mampu segala hajat Tok,  Umi nak tunaikan. 

Tahun lepas menginap di Village Hotel memang selesa cuma tak boleh kita nak memasak bagaikan. Jadi tahun ni kami pilih home stay. 


Bila dah contact 2-3 home stay tapi semuanya fully booked, Umi dah cuak. Time ni before puasa. Akhinya rezeki kami dapat bertamu di Alif Homestay. Sukanya Umi bila owner cakap boleh masak, ada dapur semua disediakan. Terus Umi plan menu raya 😆

Master bedroom ada air-cond

Second bedroom


Third bedroom


Asalnya kami booked 2 malam je, tapi bila sekolah dapat cuti ganti on 23/6 tu kami tambah lagi satu malam. Harga sewa semalam rm160, tapi owner bagi diskaun rm150/semalam. Alhamdulillah rezeki. 

Umi ajak sekali pakcik & keluarga join sebab nak gembirakan Tok. Mula tu pakcik macam liat je nak join, takut sempitlah, sesaklah ramai budak2. Tapi bila Umi sent gambar home stay ni, sampai 2 malam pulak depa tidoq situ 😁


Rumahnya selesa, bersih dan baru. Ikut info dari Cg Salim, abang ipar owner merangkap pengurus home stay ni, taman ni baru 2-3 tahun dibuka. Keadaan rumah sangatlah elok. Rumah semi-d, ada kawasan lapang tepi rumah jadi port anak2 bermain dengan sepupu2 depa. Tok pun rajin je menemankan cucu2nya bermain di luar. 



Bila menginap di home stay ni terasa sangatlah macam berada di rumah sendiri sebab kelengkapan rumah semuanya lengkap. Yang paling Umi suka selain dapat memasak juadah raya di dapur yang disediakan, dapat juga Umi basuh baju sebab mesin basuh juga disediakan. Sabun basuh pun ada tau! Tapi kami tak guna pun, bawak sabun sendiri hehe... 

Token from the owner for our buka puasa. Kind gesture that warms our hearts 😁

Ada rezeki memang nak menginap lagi di sini. Tqvm En Khidir for having us. It was a memorable experience especially for the kids. Sampaikan depa asyik dok tanya bila lagi nak pegi rumah atok (cg salim) hehe... Cg Salim ni rupanya pernah mengajar makcik di sekolah menengah dulu. What a small world! 

Ambik toto bentang depan TV, ambik kusyen buat bantal macam kat rumah sendiri kan? 

Ini kira episode akhir cerita raya Umi sepanjang seminggu di kampung, dari kisah menjelang hari raya hinggalah kisah teroerangkap dalam traffic jam on the way balik ke KL. Nantikan kisah raya kami di KL pulak hahaha... Bertabahlah ye, rayakan sebulan 😉

5 comments:

  1. menariklah home stay ni, luas dan selesa. ye lah kalau dapat memasak lebih seronokkan.

    Biasa saya kalau bercuti dengan kelaurga pun ambil homestay sebab macam rumah sendiri dan lebih selesa berbanding hotel yang perlu keluar bajet lebih kalau pergi ramai2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesa sangat2 sis...

      Betul tu bole jimat banyak, dan tak banyak limitations macam hotel kan

      Delete
  2. Bilalah pulak hakak nak sampai Baling pun tak taulah PH....
    Kira murah jugakkan semiD dapat RM150. Yang penting selesa, boleh masak dan basuh baju sebab duduk lama kan...

    Yelah kalau dah beramai ramai mcm ni mmg elok cari homestay yg boleh masak kan PH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rezeki sampai lah nanti Kak. Aamiin.

      Apalah ertinya raya kalau xde aktiviti masak memasak kan? Rasa kureng je even makan tak berenti2 bila berziarah hehe

      Delete
  3. Nampak selesai homestay ni

    ReplyDelete