Wednesday, 7 June 2017

Nasi Lemak Telur Itik


Bila dah lebih seminggu berpuasa mulalah teringin nak makan itu ini. Bukan teringin benda mewah hebat pun, Umi teringin nak makan telur itik rebus ja! 

Lagi satu yang Umi teringin makan semestinya nasi lemak. Hari biasa kan dalam seminggu sekali sarapan mesti nasi lemak. Ini dah lebih seminggu gian la pulak :) 


So menu iftar semalam nasi lemak, telur itik rebus dan ayam pandan. Mudah kerja Umi. Angah excited betul bila Umi cakap nak buat nasi lemak. Tok yang selalu pantang nasi lemak nak jugak :) 

Air pula teh O dengan laici. Sejak Yusuf Taiyoob keluarkan sirap laici keraplah Umi beli.  Anak2 pun bukan main suka laici ni. 



Kuih buah Melaka tu Umi tersilap bancuh tepung. Patutnya 2 cawan tepung pulut + 2 sudu tepung gandum. Umi pi letak 2 cawan tepung gandum + 2 sudu tepung pulut. Bila rebus tak timbul-timbul. Hahaha... Agak keraslah kuihnya tapi makan jugak. Takkan nak buang kan. 

Bubur pulut hitam pula buat kelmarin tapi kurang kick. Umi tambah santan dan gula. Barulah umph. 

Ini pula hidangan berbuka orang tu. Dengarnya si dia berbuka dengan Mr Pilot. Ejaz kah? Biarlah rahsia :D


Banyak pula gambar food. Maaf ye...

7 comments:

  1. bubur pulut hitam tu peberet saya setiap kali ramadhan, tapi sejak emak pergi memang dah lama tak makan bubur pulut hitam masa ramadhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angah yang request ni...ikut kita lagi suka bubur kacang hehe

      Delete
  2. I love nasi lemak. If I can, I want to eat it everyday. Come to think of it, I have never attempted to cook nasi lemak. Hmmm....time to start, right?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I bet you can cook a delicious nasi lemak. It's is a lot easier than baking a cake LOL :)

      Delete
  3. Aduhhh....teringin pulak nak buat nasi lemak tp santan tak de pulak haha....
    Hari ni ingat nak buat ayam kicaplah PH...senang cepat dan mudah hihi...

    ReplyDelete
  4. Ayam kicap feveret tu Kak... Makan selalu pun tak jemu hehe

    ReplyDelete
  5. Kak Zack, next time buat kuih buah melaka/onde2/buah kekoh chaaa tu guna tepung pulut saje pun dh ok. Untuk jadikan dia tak lembik sangat, kena letak kapur makan. Jangan letak banyak, separuh jari kelingking je. Mesti kuih jadi lembut dan berbentuk serta tak lunyai/lembik sangat. K.long selalu buat kuih berasaskan tepung pulut ni, setakat ni menjadik la... itu resipi Ummi.

    ReplyDelete