Friday, 21 April 2017

Cucoq Kembong :D



Sekarang ni selalu hujan petang2 kat tempat kita. Bukan hujan biasa2, ini dengan guruh kilat angin petir semua. Kadang tu kuyup jugaklah sementara nak masuk kereta hihi... Tapi ada dua benda yang kita suka sangat time hujan ni; tidoq dan makan :p 

Anak2 pun bangun je dari afternoon nap mesti cari food. Kalau Umi malas, depa makan biskut empat segi je la (crackers hup seng tu feveret). Angah panggil biskut kepala adudu (watak antagonist dlm boboiboy tu) sebab 4 segi macam kepala si adudu tu. Macam-macam...

Semalam Umi rajin, buat cucoq kembung atau nama manjanya coq kembung. Lagi senang nak sebut hikhik... Kat tempat lain panggil cucur manis kot... 

Senang je; ambik tepung gandum + baking powder + gula + susu pekat + garam + air. Gaul sebati pastu goreng je. Siap!


Tapau untuk Abang. Asal masuk keta je mesti tanya, Umi ada food tak? Sambil drive sambil gjgit cucoq ni layan jugak. Nak-nak pulak hujan lebat kat luar. Nak mengharung jam pun lega sikit sebab ada benda nak dimakan. Kadang tu bukannya lapar pun tapi rasa boring je kalau takde buat apa2. Baik makan, ada jugak aktiviti sampingan hahaha...

Eh hari ni panas ler... 

5 comments:

  1. I like to eat cucur. At first I thought this cucoq kembong got ikan kembong inside hah..hah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. But if I'm not mistaken there is cucur from ganu which got ikan inside right?

      Delete
  2. Betullah PH, sekarang ni asal ptg hujan lebat betul. Ha a dengan kilat petir semualah....seram tau!

    Tadi hakak pun buat cucuq tp cuq ikan bilis. Tetiba lak tetingin. Separuh pinggan hakak sorang makan hihi

    ReplyDelete
  3. dapat makan coq kembung time hujan memang layan habislah kan, dulu masa kecik2 arwah mak selalu buat, sedapnya lahh

    ReplyDelete
  4. mcm cucur kembung cap adabi je tu..hihii
    zie pun suka bancuh yg instant adabi ni, selalu beli perasa udang & ikan bilis..sedap sgt..

    ReplyDelete