Sejak 2-3 hari ni hujan petang2 di tempat saya. Aktiviti paling best hujan2 ni tido dan makan kan? Asal petang je adalah juadah minum petang yg saya sediakan. Simple2 je pun.
Hari ni saya sediakan nasi impit goreng. Dua hari lepas saya rebus nasi impit makan dgn kuah kacang. Memandangkan nasi impit masih berbaki, rugi pulak kalau dibiarkan. Simpan lama2 dalam fridge pun nanti x sedap.
Bila dah ada idea tu, saya pun Google ler resepi. Jenguk dapur Izah muffin lover, tengok bahan, tengok cara penyediaannya. Simple je. Macam menggoreng mee je kekdahnya. Cuma saya tambah +- 3 s/b kuah kacang. Resepi ni saya dapat dari mak senior saya, orang johor.
Inilah hasilnya. Alhamdulillah kenyang perut sukahati :)
No comments:
Post a Comment