Sunday, 6 January 2013

Ketam Goreng Telur Masin


 Inilah menu pertama saya di tahun 2013. Resepi isitmewa ni saya 'cedok' dari dapur 
DAPUR ZILA4EVER. Terima kasih banyak Zila kerana berkongsi ilmu. Yang pastinya, resepi ni menjadi kesukaan Abang. Nampak je ketam tu, terus dipeluknya Umi sambil berkata: "terima kasih Umi".

Ok, jom cek bahan-bahan & cara-cara memasaknya, which is sangatlah senang. Saya tempekkan disini untuk rujukan / tatapan semua.

 Ketam Goreng Telur Masin
Sumber: ZILA4EVER
 
bahan-bahan:-
  • 3 ekor ketam bunga
  • 10 biji cili api - dihiris ikut kepedasan masing-masing
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar butter
  • 5 biji telur masin 
  • 1 sudu kecil gula
  • 3 sudu besar susu cair
  • 2 biji bwg putih - di ketuk
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • garam
  • serbuk lada sulah secukupnya
  • minyak masak utk menggoreng
 
Caranya:-
  1. rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan - zila tambah 1 biji bahagian putih telur masin.
  2. bersihkan ketam potong kepada dua bahagian,goreng dengan tepung jagung.
  3. goreng deep fried - asingkan
  4. panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi sampai wangi
  5. masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
  6. masukkan susu segar,gula dan lada sulah..perasakan kesemuanya.
  7. kacau rata,tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih ,masukkan ketam kacau rata dan sedia dihidang.


Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment