Tuesday, 27 March 2012

Kenduri Kendara 6 & 7

Hijau untuk Opal, kuning untuk Abang
Persahabatan kami melangkaui usia sedekad. Dari zaman belajar, mula bekerja dan berumahtangga kami masih lagi akrab, bukan antara kami berdua sahaja tapi keluarga saya mengenalinya dengan rapat begitu juga keluarga dia mengenali saya dengan rapat. Bila disebut keluarga bagi yang sudah berkahwin, termasuk juga keluarga mertua. Begitulah kami saling menjaga ukhuwah ini agar terus mekar dan subur dengan harapan kami termasuk dalam salah satu golongan yang mendapat naungan-Nya di akhirat kelak " dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah" serta termasuk dalam golongan orang yang memelihara silaturrahim. 

Panjang pulak mukaddimah...:) By the way, saya berbesar hati menghadiri kenduri adik ipar BFF saya tempohari. Tahniah untuk Abg Teh & isteri, semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Sebagai tetamu istimewa (perasan!) anak-anak saya dihadiahkan dengan goodie bag yang mengandungi antara lain mug smiley tersebut. Soo................ cute! TQ Yang.

Keropok goreng - rebutan Abang dan Opal
Walimah yang kedua pula adalah jemputan dari jiran lama kami, sewaktu menyewa dulu. Istimewa dan unik bagi saya tetamu menerima cenderahati gelas hiasan dan sebungkus keropok kering. Saya ingatkan kerepek, tetapi bila dibelek2 keropok rupanya. Antara juadah yang sangat memikat hati den ialah pecal. Kalau x kerana anak merengek, rasanya cam nak tambah nasi lagi.. heehehe.. kontrol kontrol..

Selain itu, sebagai tanda terima kasih kepada ahli kariah yang bergotong royong menjayakan majlis, tuan rumah juga membekalkan nasi dan lauk pauk kenduri ketika majlis berakhir. Semasa menyalin bekas lauk pauk, saya rasa teruja sangat kerana terjumpa sepeket kuah pecal, walaweh!

Nanti boleh berblog pasal pecal...:)

No comments:

Post a Comment