GB0110 : Begini, Sayang!
Pengarang : MOHD HISHAM MOHD SHARIF & HAFISAH ZAINUDDIN
Tebal : 192
ISBN : 978-983-097-282-4
Harga : W/M:RM19.00 E/M:RM21.00
SINOPSIS
Mendidik anak yang masih rebung merupakan cabaran bagi setiap ibu bapa. Ia merupakan tempoh usia yang kritikal dalam pentarbiahan anak-anak. Perasaan ingin tahu anak pada usia ini meluap-luap, lantas pelbagai soalan dilontar, terkadang mencabar ibu ayah menjawabnya. Terkadang juga, disebalik pertanyaan anak ada tarbiah bukan untuk anak semata-mata, tetapi untuk diri ibu bapa jua- inilah tarbiah dua hala.
PERSONAL REVIEW
Buku ini bukan cinta pandang pertama saya, sementelah saya tidak mengenali kedua-dua penulis tersebut.Syukur, saya membelek buku ini dan mendapati ia amat bermanfaat untuk membantu mendidik anak-anak.
Buku ini patut di baca dan di miliki oleh pasangan suami isteri. Penulis buku ini juga suami isteri, menukilkan cara-cara pendidikan mereka untuk anak-anak mereka, terutama untuk puteri sulung mereka yang berusia 5 tahun. Setiap pertanyaan si kecil akan dijawab dengan jawapan yang menyelitkan nilai akidah dan ilmu. Saya sangat kagum!
Terdapat dua bahagian buku ini, Diari Ayah dan Diari Ibu. Diari Ayah menceritakan pengalaman-pengalaman si ayah melayan pertanyaan si kecil mereka. Sebagai contoh, anaknya bertanya "ayah, macam mana ombak terjadi?" Maka si ayah bukan sahaja memberi penjelasan, tetapi membuat demonstrasi sekali untuk memudahkan pemahaman si kecil. Dan saya juga terpesona kerana si ayah begitu sabar melayani karenah anak beliau, di bawa solat berjemaah di surau dan sebagainya.
Jika Diari Ayah lebih banyak mengajar ilmu berdasarkan teori dan demonstrasi yang mana boleh menyentuh akal dan rasional si anak, Diari Ibu pula banyak menyentuh emosi anak tersebut. Itulah sifat keibuan sejati. Tatkala di tanya kenapa ibu tidak solat (uzur syari'e) si ibu memberikan jawapan yang benar, tiada dolak dalik seperti alasan sakit perut dll. Tetapi diterangkan kepada anak kecil berusia 5 tahun itu tentang haid, tetapi dalam bahasa yang mudah difahami oleh anak tersebut. Jawapan yang diberikan adalah looking forward kerana si ibu tidak mahu anaknya berfikir bahawa boleh tinggal solat sekiranya sakit perut dsbnya.
Banyak lagi keistimewaan yang akan ditemui dalam buku ini. Semoga beroleh manfaat.
p/s: Maaf, buku ini TIDAK termasuk dalam kategori 'boleh sewa'. Saya terlalu sayang buku ini, dan akan mewariskan untuk anak saya, insha Allah.
Assalamualaikum, hari ini saje gatal tangan men 'google' tajuk buku, tiba-tiba muncul post ini, terima kasih kerana sudi membaca coretan kami, terharu rasanya dan terus memberi kami semangat untuk menulis lagi...semoga Allah mengurniakan rahmat dan kasih sayangnya kepada puan dan keluarga
ReplyDelete-Hisham Sharif-
Penulis buku BEGINI, SAYANG
Salam Sdr Hisham, terima kasih sudi singgah... terima kasih & tahniah juga atas tulisan & perkongsian ilmu dlm buku tersebut. Memang menarik, berguna & membantu saya dlm mendidik anak2.. teruskan usaha & jangan jemu menulis & berkongsi ilmu.. barakallah untk sdr & keluarga
Delete