Passport dan tiket sudah ditangan.. berdebar giler masa nie, maklumlah 1st time dek non, mak naik kapai terbang nie. Kitorg naik KLM, tapi entahlah ngape tiketnya MH plak... xpelah, janji sampai ke Jakarta. Kitorang check in lewat sangat so x sempat nak cek no. seat tu.. tup2 i kena dok sebelah big boss. Sib baik boleh tukar, so ai tukarlah ngan 2nd boss, dok sebelah Ms A. Oklah, w/pun port mula2 tu best giler, dekat tingkap u. Tapi for sure 2 jam tu x best & terasa tersangat laaaaaaaaaaaama kalau kena dok sebelah bosses kan?
Tengok tu, dah final call uols! Maklumlah dari ofis 1445, flight 1710.. maunya x kelam kabut. Sib baik sempat check in, itupun kitorg yang terakhir. Sib baik abang kastam tu baik, extra bag tu x kena charge. My bosses pun solat kat sini je, dah lambat kan. Sib baik ai dah solat jamak siap2 kat ofis.
Inilah kapai ai. Santek u! Maklumlah first time naik flight, excited giler ngan gambar kapal terbang pun aku snap! Hehehe... Food dalam nie memang tebaek la. Masa pi kitorang di jamu nasi lauk ayam ala2 kari gitu, bihun tomyam & puding. Marvelous giler puding dia tu. Air plak mula-mula air sejuk (oren or epal) then hot drink plak. Bestlah KLM! Steward & stewardess pun friendly giler, siap nyanyi lagu Broery Marantika lagi sorang mamat Holland nie.
Kitorang sampai airport Sukarno-Hatta around 2030. After some time tunggu bagasi dekat 1/2 jam baru gerak keluar dari airport tu. One of our agents kat sana, Pak Taufik dah tunggu ngan anak dia. So dia bawak kitorang makan2 dulu, kat one of the best restaurants nasi padang kat Jakarta nie. So, inilah tempatnya, kedai tu terletak di Hotel Amaris nie. Jap no, kedai kat bawah, ini baru premis tempat kedai tu menjalankan perniagaan (faham ke x faham nie?)
Tadaa... inilah kedainysa. Roda Padati Masakan Padang. Ala, restoran biasa je, ala2 Restoran Hilmi kat Melawati nie je. Kedai nie airconditioned tapi malam tu panas bangat! Aku jeling2 tengok aircord banyak yang off dari on. Hantam sajalah labu!
Inilah antara hidangannya. Biasalah kan, nasi padang style memang camnie, lauk penuh meja then time kira, dia kira mana yang you makan je. Teringat satu kedai kat KB, style camnie gak tapi serves Malay food la. Photo kat atas nie actually belum complete lagi lauk dia. Masak lemak telur itik dia belum sampai, ayam goreng ala KFC pun belum sampai. The best among them is the sambal ijo tu! Memang sedap giler! Yang len2 tu OK la, boleh telan la. Tapi x tahan makan daging dendeng dia, sampai sakit gigi den, punyalah liat. Lagi satu, ikan masak lemak tu nampak menarik kan? Saya dah cuit sikit ngan sudu, konon nak ambiklah. Then terlintas nak tanya Pak Taufik, ikan apa nie? Dia kata itu ikan mas Bu! Ikan mas? Saya pun confident la jawab, tapi bukan gold fish kan Pak? Dia jawab, iya memang itu gold fish! Alah, pelan2 saya letak balik sudu. X pernah terpikir aku nak makan ikan emas yang come lote dalam aquarium tu. Heheh. But, rasanya diff term je, bukan gold fish tu, sebab gold fish kan bulat2 badan dia. Ini nampak cam talapia pun ada. Xpelah, i x berani nak cuba, let go je lah the dish.
But all in all, thanks Allah for the rejeki. Ikutkan nak makan lagi, tapi sebab badan rasa dah lemau semacam so xdelah beria makan w/pun lapar. Mind you, masa tu ai belum pam lagi, so memang dah sakit semacam dah, sampai ke kepala dah. Ditambah plak ngan long journey dari t/hari sampai ke malam.
Krupuk kulit sapi, satu lagi makanan eksotik yang for sure I don't have enough courage to try! Sapi maksudnya lembu. Apa? Ko nak suh aku makan kulit lembu cik kiah? Minta mahap la.. Kalau dia xde tulis kulit sapi tu, len crita la.. hehehhe.. Diorang makan krupuk ni ngan nasi. Ala, macam kita makan papedom ngan nasi la...
Inilah hotel penginapan i sepanjang di Bandung tu. Travel ngan bos, mestilah dok pun kat 5-star hotel .. Again, rezeki Allah bagi, Alhamdulillah. Hotel ni Muslim hotel, kalau kat sini ala2 Hotel Istana or Crowne Plaza la, owned by Tradewinds. Kalau dah Tradewinds tu owner dia mesti korang tau la kan. Berbalik pada hotel nie, nama dia Hotel Grand Royal Panghegar (Panghegar bermaksud luarbiasa hebat) so memang hebat lah hotel nie. Dahlah grand, royal plak tu tambah panghegar lagi...:) The GRP is the oldest hotel in town tapi sekarang nie dah refurbished and renovated utk naikkan lagi imej hotel nie. Harga semalam dari RM294 rasanya, with b/fast for two. Satu lagi, korang janganlah kagum sangat camna i blh snap gambar keseluruhan hotel tu ye.. ini replika je cik kiah! Hahaahha den mana ada DSLR...:)
Ini bilik kitorang, Deluxe Condotel. Up skit dari Deluxe biasa tu. Yang deluxe biasa semua sold out so sinilah tempat beradu kitorang. Sebenarnya kitorang sampai bilik nie lebih kurang kul 0130 so memang dah mamun la. Seharian travel. Dapat je key terus naik tingkat 9. Dengan semangatnya kitorg touch le kad tu kad pintu, xleh. 2-3 kali try xleh gak. Ingat nak turun balik ke recep, tetiba je teringat entah2 silap bilik kot. Memang iye! Kitorang salah bilik! Lawak togel la plak malam-malam buta tu...
Bilik ok, but mind you di sini mostly untuk electrical appliances diorg guna plag 2 pin je. Sib baik i bawak international adaptar tapi x semua blh match pun. Iron xde. Bila Ms A call housekeeping diorg cakap "facilitasnya enggak ada Bu". So the next day i pakai tudung x bergosok le.. Sib baik la natural beauty, pakai apa pun santek!.... hahaahahahaha.. gelak jangan x gelak ngan statement over the top aku nie. Cuma ada kureng skit bilik ni (deluxe type) sinki dia kat luar bilik air. So, uols mandi kat dlm, tapi time nak cuci muka or gosok gigi kat luar ye. Lupa plak nak amik gambak, sinki tu dekat2 pintu masuk. Sebab each deluxe room nie ada mini-kitchen. So nak bagi space untuk mini-kitchen tu sbb tu sinki bilik air diletak diluar. Entahlah, aku x pun faham apa kaitannya!
Ok, kita wrap untuk day one. Tido dulu esok citer pasal hari2 seterusnya. Nite every one!
klm guna perkhidmatan mas...kalau beli tket mas pun nnti smpai situ naik klm...makanan pun dr mas =)
ReplyDelete