Monday, 2 November 2026

Happy 13th Birthday Kakak 🎈

Sanah helwah Kakak sayang ❣️

Kali ni bestie Medina nak balas kejutan dari Kakak sempena birthday-nya awal bulan lepas. Jadi set dengan ibunya nak datang melawat Kakak di asrama. Nak tunggu Kakak PB lambat sangat, nanti tak best katanya :) 

Ibu nak masak untuk Kakak. 
Ummi jangan masak apa-apa katanya. 

Menu nasi butter, ayam masak merah, acar timun dan air sarsi. 

Ummi masak juga; goreng mee 2 bungkus dan keropok ikan. Seganlah nak datang berlenggang je, birthday anak sendiri kot 😁
Lagi pula niat nak jamu kawan-kawan Kakak kalau ada yang nak join. Ramai yang outing, Yam sorang je joined. 

Menikmati masakan Ibu yang sedap... 

Hadiah dari Medina 
Dubai Chewy Cookie tu dari F, geng diorang juga. Dia kirim untuk Kakak. Kebetulan Medina jumpa dia sebelum tu. 

Ni pula hadiah dari kawan-kawan sekolah Kakak. Dapat kaftan, stoking, jam, cookies dan kad ucapan kot tu... 

Ni hadiah dari Ummi.
Dia minta awal hadiah ni, ikut je la kan... 
Janji happy. 

Tqsm Ibu masak sedap-sedap
Tqsm Medina dan kawan-kawan lain for the birthday gift & wishes utk Kakak.
Semoga kalian semua sentiasa dlm lindungan-Nya. 

Untuk Kakak, baarakallahu fi umrik 🤲🏻 



21 comments:

  1. Sanah helwah kakak! Semoga jadi anak yang solehah, kebanggaan ibu dan ayah 🤲🏻

    ReplyDelete
  2. Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-13 tahun. Semoga Balqis diberi kesihatan yang baik dan sentiasa diberkati Allah.

    ReplyDelete
  3. Happy birthday kakak! Semoga menjadi anak yang solehah.

    ReplyDelete
  4. Happy birthday kakak...semoga dimaqbulkan segala doa

    ReplyDelete
  5. happy birthday kakak...
    alhamdulillah, meriah sambutan walaupun dekat asrama...

    ReplyDelete
  6. Happy Birthday Kakak... meriah juga sambutan nya dgn pelbagai makanan.. dapat hadiah jam tu yg best.. ☺️👍🏻

    ReplyDelete
  7. Happy birthday kakak.. sedap kek tu

    ReplyDelete
  8. Happy besday kakak!! Semoga kakak hepi dpt hadiah dan ibu sambut sesama kakak

    ReplyDelete
  9. Happy birthday kakak. Aish teringat dulu ibu saya masakkan nasi ayam lebih makan ramai² dgn kawan dorm huhu

    ReplyDelete
  10. Selamat harijadi terlewat untuk Kakak.
    Alhamdulillah banyak hadiah dapat.

    ReplyDelete
  11. Selamat hari lahir kakak...wah banyak hadiah ni..ramai syg kakak ni...

    ReplyDelete
  12. Happy bday kakak..Seronok ni dpt mcm2 hadiah =D

    ReplyDelete
  13. Sweet betul persahabatan Kakak dengan Medina, siap rancang kejutan balas dan datang melawat ke asrama. Ibu Medina pun sporting nak masakkan sesuatu. Mesti Kakak terharu dapat perhatian istimewa macam ni!

    ReplyDelete
  14. Happy Birthday. Saya punya giliran 11.11 he he he

    ReplyDelete
  15. Happy belated birthday kakak

    ReplyDelete
  16. Birthday bulan 11 juga ya...Dania coming soon...

    ReplyDelete
  17. Happy Birthday Kakak ❤️ Moga cemerlang dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  18. Happy birthday kakaaaaak. Selalu diberkati Allah dalam hidup, dilindungi Allah, dimudahkan jalan kakak dalam segala urusan yaaa, insyaallah 🤗🤗.

    ReplyDelete
  19. Selamat ulang tahun kakak. Bagusnya ada kawan macam medina

    ReplyDelete
  20. sanah helwah kakak! moga jd anak solehah

    ReplyDelete