Kisahnya Angah dipilih oleh guru penyelaras, Ustzh WH sebagai Pembantu Teknikal acara Robot Battle sempena Karnival STEM Peringkat Kebangsaan 2026 anjuran KPM. Tugas Angah rekod pertandingan tersebut semasa ianya berlangsung. Sebab tu la dia minta kami hantarkan barang-barang berikut;
Handphone
Charger phone
Power bank
Tripod stand
Selasa pagi sebelum bertolak ke tempat pertandingan baru ambil dari warden. Begitulah selama 2 hari berturut-turut.
Untuk acara Robot Battle diadakan di Hotel The Pearl, KL. Acara satu lagi, Water Rocket diadakan di tempat lain.
Robot sedang berlawan antara satu sama lain.
Teringat pulak masa Abang kecik dulu kami suka tengok satu show di TV ni, perlawanan antara robot. Lebih kurang ginilah gayanya.
Seronoklah Angah, dapat makan minum di hotel. T-shirt yang dipakai tu dapat percuma, sebagai urusetia. Cantik t-shirt tu, nampak kemas.
Dia minta duit lebih, kot² nak beli apa-apa...
Alhamdulillah pengalaman yang berharga untuk Angah.

Baguslah kalau aktif begini...dapat pengalaman dan kenangan untuk masa yang akan datang
ReplyDeleteTak makan sayur ke? Risau juga anak - anak sekarang 'takut' sungguh dengan sayur. Erm...
ReplyDeleteDapat pengalaman jadi urusetia.
ReplyDeleteWahhh menarik ni. Dulu time sekolah, Dania ikut je student lawan robotik tu lepas tu dapat la sijil.
ReplyDeletewahhh bagus ni
ReplyDeleteboleh jd mcm anak sedara
selalu join program mcm ni... 2 thn lps dia wakil malaysia ke usa utk robotic championship (kalau tak silap sy)
Pengalaman yang tak harus dilepaskan.
ReplyDeletecongrats angah! bagus sgt dpt pengalaman berharga tu
ReplyDeletetahniah angah.. walaupun sebagai urusetia, pengalaman berharga tu...
ReplyDeletepengalaman baru utk angah. syabas!
ReplyDeleteWaaah bagusnya angah dapat pengalaman begini.
ReplyDeleteBiasalah anak2 ya kak, kalau dah sayur susah sangat. Anak Aya yang pertama suka, tapi yang bungsu lelaki, memang harus dipaksa 😂
Tahniah Angah. Pengalaman sebagai urusetia nanti boleh diperkembangkan lagi
ReplyDelete