Thursday, 27 November 2025

Kakak ~ Rombongan Darjah 6

Lari dari kebiasaan, lawatan Tahun 6 kali ni ke Pulau Mutiara (Penang). 2-3 tahun sebelum ni, lawatan darjah 6 biasanya ke belah² Kuala Selangor, Sabak Bernam sana. Angah dulu ke Laman Cikgu, Tanjung Karang. Ada aktiviti tangkap ikan dalam sawah, mandi palong dsbnya. Aktiviti anak² kampung dulu² la. Sampai sekarang dok bercerita lagi :) 

3H2M @ Penang 

Tapi tahun ni cikgu² pilih pergi ke Penang. Ialah, cikgu² darjah 6 cikgu² yang sama juga saban tahun, nak juga kelainan kan. 

Awalnya berat juga nak bagi Kakak pergi, tengok pada bayaran yang hampir RM400 tu. Boleh beli macam² persiapan untuk masuk asrama nanti (semoga ada rezeki Kakak aamiin). Tapi hasil perbincangan dan pujukan, Kakak sanggup guna duit raya dia maka kami bagi greenlight

Jadual lawatan. Ada beberapa perubahan juga. 

Seperti dijanjikan, bas dah bersedia utk golek tayar pukul 6.30 pg. Tapi itu ini pukul 6.50 pg baru bergerak, dalam renyai² hujan di pagi Jumaat.

Kakak Bas B, bersama bff Nurin. 

First stop, Kampung Agong. 
Kami sekeluarga dah pernah ke Kampung Agong ni pada tahun 2021. Antara alasan yang diberi kpd Kakak supaya tak perlu ikut rombongan ni. Tapi Kakak kata nak pergi dengan kawan² pulak. Ikutlah nak ...
Di sini bebas nak jalan², ikut timing yang diberi. Jadinya Kakak dan Geng Adidas dia memang ambil peluang bergambar sakan la. 



 Anak⁶ burung Adidas :D 

±6.30 ptg checked in di hotel ni. 
Malam tu ikutkan nak ke Padang Kota Lama tapi hujan. Masing² pun penat jadi aktiviti bebas di bilik masing² je la. Hotel ada pool tapi murid² tak dibenarkan mandi. Risau, ramai² ni tak mampu nak control cikgu² pun. 

Kakak merayap ke bilik Medina. Medina suruh VC Ummi hehe....Kakak takde phone sendiri. Mujurlah ramai kawan baik, sudi pinjamkan phone dan ambilkan gambar. 

Esok awal² pagi dah sampai di Bukit Bendera. Antara tempat wajib lawatlah kalau ke Penang. 


Turun dari Bukit Bendera, depa pekena nasi kandaq πŸ˜‹

Lauk standard semua orang; nasi putih, ayam goreng dan air sirap. Bab makan minum, ticket ni semua ejen uruskan. Bila dah pre-order, cepatlah nak dapat makanan dan tempat duduk. 

Alhamdulillah, cuaca elok dapatlah ke Padang Kota Lama hari ni. Adalah buat aktiviti sikit, main² dekat sini. 

Kemudian ke Penang Art Street, beli souvenir

Depa beli gelang manik sorang satu. 

Sebelum balik hotel, singgah bergambar dulu di Balai Bomba. Semua tempat dan aktiviti dalam itinerary tu depa pergi/buat kecuali Rumah P Ramlee (closed for maintenance/ renovation). 

Hari Ahad, sebelum balik tu bersarapan di restoran mamak lagi. Pelita rasanya yang ni. Breakfast roti canai dan Teh O. 

Masuk pulau hari tu dengan bas. Masa balik ni naik feri. Bas datang jemput di terminal sebelah tanah besar ni. Kemudian terus balik Gombak. Alhamdulillah menjelang Maghrib selamat sampai di sekolah. 

Souvenirs dari Kakak untuk Ummi Walid dan adik beradik dia. Terima kasih banyak Kakak 🫰🏻











15 comments:

  1. Wah seronoklah kakak dpt outing dgn kwn2.. semoga kenangan ni akn terpahat di memori semua anak2 tahun 6 yg nk melangkah ke alam sekolah menengah.. mungkin juga akn mengikut haluan masing2 pulak lepas ni

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..seronok...selalunya mcm tu, kalau besar² nilai nya..Linda pun akan bagi pilihan mcm tu..guna duit raya @ separuh separuh... Kalau tak bagi pergi, kesian..nak bagi pun ,fikir juga kita..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fikirkan adik beradik lain juga Linda... ni Kakak pakai duit sendiri takdelah yg berbunyi hehe ...

      Delete
  3. Seronoklah kakak dapat green light. Dia kalau pergi dengan kawan lain feelnya walaupun dah pernah pergi tempat tu. Rombongan jauh-jauh ni risau juga. Boleh tahan kosnya tu.

    ReplyDelete
  4. Dulu nak dijadikan cerita kalau rombongan jauh2 ni SA memang x dapat pergi...tapi bila dah ada anak..semua SA bagi pergi...dulu SA x merasa sebab mak abah x mampu..

    ReplyDelete
  5. wah seronoknya ke penang. uish dekat 400 ye? insyallah berbaloi dengan pengalaman baru dan memori indah tercipta di sana nanti. Kita dulu takda peluang sebegini. untung anak sekarang dapat timba pengalaman sebegini. alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. seronok dapat jejalan ke penang, sebelum masuk sekolah menengah, pasni ramai dah yang berpisah, ikut haluan sekolah menengah pilihan masing-masing.. tapi ralat sikit rumah kelahiran allahyarham TSPR tak dapat masuk..

    ReplyDelete
  7. sronok kakak pegi lawatan luar dr kl/sgor..siap beli ole2 utk family

    ReplyDelete
  8. wahhh best nyaaa ikut rombongan sekolah smpi ke penang... kalau lajak sikit boleh blk kg kedah kan? hehe

    hujung tahun kannn...
    td pun sy terserempak dgn rombongan sekolah kat stesen LRT. nak pergi ke KLCC laa tu agaknya ;-)

    ReplyDelete
  9. Jauh sikit perginya ya. Dulu....Dania ke Melaka masa sek ren pastu kami ikut....tak tidur hotel sama tapi hotel lain2. Tapi bila Dania ada aktiviti kami tak ikut. Hari last Dania balik dengan kami la....ummi dan ayah berdua la buat aktiviti jalan2 dan makan2.

    ReplyDelete
  10. pastinya kenangan terindah utk kakak!

    ReplyDelete
  11. Wahhhhhh sure kakak happy dapat berjalan bersama kawan-kawan. Pastinya akan jadi kenangan manis kepada kakak sepanjang hayat. Kudos kepada cikgu-cikgu yang menguruskan lawatan ini.

    ReplyDelete
  12. Ahhh seruuuuu ... Itu pelita yg depan USM kah? Dulu saya selalu di sana kalau nak menyelesaikan assignment dari campus ❤️πŸ˜„. Sebab cuma pelita yg buka 24 jam 🀣.

    Pasti happy anak2 ini... Memang agak mahal biayanya. Baiknya si kakak mau pakai uang dia saja πŸ€—πŸ€—❤️

    ReplyDelete
  13. Seronoknya anak-anak melawat tempat menarik ni..

    ReplyDelete
  14. Yang penting nak pergi dengan kawan².
    Cipta memori bersama.
    Cikgu pun nak jalan² tempat lain.

    ReplyDelete