Selagi ada semangat dan diberi peluang menikmati indahnya pagi hari, kita teruskan rutin 💪🏻
Baru tahu asap putih tu dipanggil contrails ( jejak kondensasi) 👇🏻
Hari ni lalu rumah sewa kami dulu. Dah bertukar wajah. Apa khabar Kak R dan En G tuan rumah kami dulu? Dah lama terputus hubungan. Baik tuan rumah kami ni. Ingat lagi KR pinjamkan curtains untuk kami sebab kami belum ada curtains masa tu. Benda kecik bagi sesetengah orang, tapi sangat besar bagi kami yang baru nak mula hidup masa tu. Perabot pun cuma beli meja makan secondhand, set bilik tidur dan peti ais satu pintu je. Untuk washing machine, besties; Uncle SA, Cik Ani, Aunty Shima and semestinya Mommy Zya & Uncle Nas tong² duit sorang RM100 sebagai hadiah kahwin. Dapatlah beli mesin basuh semi-auto, jenama Samsung dengan RM500 tu. Tahan lama mesin basuh tu. Dari rumah sewa sampai pindah rumah sendiri masih mampu berkhidmat.
Rumah sewa kami ni pernah juga dikunjungi oleh seseorang yang dah bergelar VIP sekarang. Pakat duduk bersila je, rumah kami takde sofa :D
Masa tu beliau tengah siapkan tesis PhD, minta tolong Walid untuk edarkan survey form berkaitan IBF, in which Walid pun masa tu kerja dalam bidang perbankan. Walaupun dah jadi orang besar, sikap dan perwatakan mesra dan humble beliau dan isteri masih kekal. Seronok tengok beliau makin 'terbang tinggi'.
Betul² menyelusuri jalan² kenangan ni 😁
Salam singgah, hidup sederhana lagi baik dek..hidup ini memungkin kan bayak kenangan lalu..
ReplyDeleteBrisk walk sambil mengenang memory tu.
ReplyDeleteSeronok kan dapat menikmati suasana pagi.
ReplyDeleteJalur putih tu walau dah selalu nampak, tapi tiap kali nampak tetap jua rasa tertarik.
Budi baik orang memang tak mudah nak dilupakan, apa lagi masa tu kita tak berkemampuan. Saya pun masih ingat kakak datang bawa pinggan mangkuk ke rumah pertama kami selepas kawin - di kuarters ladang ayam.
Ooo baru tahu nama benda tu contrail
ReplyDeleteklu nieyl diberi pilihan, nieyl pilih hidup bersederhana sebab hidup bersederhana ni byk kenangan , walaupun mencabar tapi nikmatnya terasa sampai bila-bila...
ReplyDeletemesin basuh dulu2 mmg tahan
ReplyDeletelenjan mcm mana pun masih boleh pakai...
Nostalgia betul bila tengok rumah kelamin pertama kan. Zaman mula2 nak hidup, memang serba kekurangan tapi bahagia je. Kiteorang pun pernah bawak anak2 round dekat pangsapuri tempat kiteorg menyewa masa mula2 kawen, dekat pinggiran batu caves dulu. Jiran2 kat situ baik2. Anak2 tak sempat merasa duduk kat situ sebab lepas beranak terus pindah ke apartment di SG 😄
ReplyDeletekali pertama dengar nama benda tu contrail
ReplyDeleteMorning walk sambil menyelusuri kenangan awal menempuh kehidupan rumahtangga ye PH...baru SA tau nama dia Contrails...dulu masa kecik2 ingat jet lalu...
ReplyDeleteAnk baru tanya pasal contrail tu...waktu tu mak dia pun blur nak jawab...
ReplyDeleteIngatkan komet tu PH rupanya ohhh asap pesawat tu.....
ReplyDeleteMasa kecik dulu ingat itu asap roket... kihkih.. berapa banyaklah roket dilancarkan masa tu.
ReplyDeletemengamit kenangan ...
ReplyDeleteMemori mulakan hidup.
ReplyDeleteAmmi dulu ada mesin basuh, tv kecik size PC (ihsan ofis lama), dapur gas dan tong.
Suami bawa sofa buruk dan katil rumah bujang dia (ihsan kakak ipar). Jadilah ek
Teruskan istiqomah amalkan gaya hidup yang sihat. Saya pun baru tahu contrails. Dulu ingatkan roket. Aduii jauh benar perginya.
ReplyDeleteBanyak kenangan rumah sewa tu. Syukur dikelilingi orang-orang baik.
Dulu sering lihat asap putih di langit begitu. Langsung tahu berarti sebelumnya ada pesawat tempur baru lewat utk latihan 😄.
ReplyDeleteSayang juga terputus komunikasi dengan owner sewa yg lama ya kak. Bersyukur memang jika dulu dipertemukan dengan orang2 baik seperti mereka