Friday, 11 August 2023

Bekal 7/8-10/8/2023

Ambil inspirasi dan pinjam semangat kawan-kawan blogger yang rajin sediakan bekal untuk diri sendiri, suami atau anak-anak ke tempat kerja/sekolah, Ummi mulakan #projekbekal untuk anak³ dan Walid sejak Isnin lepas. Bekal ni untuk rehat pertama depa. Sebab lunch provided by Makcik Kantin (of course parents yang bayaq ). Walid pula ikutlah nak makan untuk breakfast or lunch hehe ... 

Jom tengok...

Isnin

Selasa

Buat Mee ala Claypot jadi kuah Ummi letak bekas asing. Nanti kembang pulak mee tu.

Rabu
Ayam Bakar tu Walid buat lauk makan tengahari. Beli nasi dan sayur je. Jimat, jimat :) 

Khamis
Sepatutnya menu lain tapi sebab nasi sejuk banyak, Ummi goreng nasi pagi tu. Yang takde sayur tu, bekal Adik dan Angah. Buah pun depa takmau. Ummi okay ja, asalkan depa nak bawa bekal pun syukur dah. 

Breakfast Ummi pun lebih kurang macam bekal depa juga la :) 

Jumaat tak bawa bekal sebab bagi peluang anak³ beli di kantin. Hari Jumaat ada menu istimewa di kantin macam chicken chop, spaghetti carbonara dll. Walid pun bila keluar untuk solat Jumaat tu boleh singgah makan di mana-mana. Dan selalu juga lunch date dengan kengkawan. Rehat panjang, sempatlah nak ke sana ke sini. 

Nak mudahkan kerja, Ummi buat senarai menu. Ini sangat² membantu sebab bila dah tau menunya senang nak sediakan bahan dan bajet masa untuk menyediakannya. 

Untuk frozen food macam kuih, nugget dsbnya Ummi beli di Ramly Halal Mart.

Samosa depa sedappp 😋

Ayam quarter. Siap 4 bahagian, senang kerja Ummi tak payah nak potong² dah. Cuma bersihkan dan marinade je... 

Alhamdulillah first week berjalan lancar :) 



12 comments:

  1. good job PH...semoga minggu2 yang lain pun terus rajin.
    rajin ekkkk slice timun pastu gulung2 gitu...salute

    ReplyDelete
  2. boleh la tiru menu PH buat idea bekal Pia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan mama pia 🤗 PH pun tumpang idea & semangat mama pia jugak ni sebenarnya 🌹

      Delete
  3. Wah, rajinnya sis buat bekal utk family. Sedap2 pulak menu tu. My kids taknak bawak bekal - yg sulung kata malas nak bawak berat2 so dia prefer beli kat kantin yg bongsu pulak sbb sekolah dah sediakan sekali breakfast & lunch. Suami pulak bagitau takde microwave kat ofis nak panaskan makanan 😅

    ReplyDelete
  4. salute sgt mak-mak yg bgn subuh siapkan bekal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat kena kuat, hati kena kental haha

      Delete
  5. I tabik spring to you and all the ladies who pack lunch for their hubby and kids!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.
    Sedap-sedap bekalannya.

    ReplyDelete
  7. Wahhhh... bagusnya sempat ambik gambar... sy pagi² mmg x dan nk ambik gambar... boleh tiruvasi jugak menu bekal ni.... hihihi

    ReplyDelete
  8. Nampaknya SA xde nak siapkan bekal sesiapa kecuali diri sendiri je..esok macam nak buat nasi goreng la...we see how...

    ReplyDelete