Wednesday, 12 July 2023

Hujan Lebat & Panic Attack

Lebat sungguh hujan petang semalam. Mencurah-curah semahu-mahunya. Lebih 3 jam juga rasanya hujan semalam... 

Walaupun anak³ balik pukul 5, ada Gerko  tapi pukul 3.45 Ummi dah start enjin kereta. Biasalah, kalau hari hujan trafik lebih perlahan dan jalan sesak. Lagi satu, parkir kereta di sekolah makin terhad. Ada kerja² penurapan jalan; jentera berat dan batu, pasir  ambil sebahagian besar tempat lapang yang digunakan oleh parents untuk parkir. Kalau sampai awal, dapat parkir dekat pagar sekolah, senanglah anak³ berlari masuk ke kereta. 

Entah berapa tempat Ummi redah air. Tawakkal saja sebab dalam kepala hanya fikir nak sampai ke sekolah, ambil anak³. Cuak tetap cuak sebab masih trauma dengan kejadian banjir kilat tahun lepas. Masa tu juga buat pertama kalinya Ummi kena panic attack; tiba² muka rasa panas, belakang leher rasa berat, jantung laju, nafas tak teratur, pinggang menyucuk² dan hampir pitam masa tu! Out of sudden benda ni berlaku. 

Dua perkara bertanda ✔️ di bawah ni pun Ummi rasa masa tu huhu... 

Walaupun sekejap saja tapi masa tu Allah saja yang tahu perasaan Ummi. Bila dah lepasi kawasan banjir tu, barulah rasa lega and slowly I regained control of myself. Alhamdulillah, semuanya selamat. 

Cumanya kalau hujan lebat sebegini, Ummi tak berani dah nak lalu Greenwood. Ikut highway. Tapi itulah, bila di highway kereta pula laju-laju. Ikut lorong paling kiri, air pula bertakung dan melimpah. Memang kena extra careful. Tayar kereta pun kena berada dalam keadaan baik sebab jalan licin, perlukan cengkaman tayar yang baik supaya tak terbabas. 

Apapun alhamdulillah syukur semuanya baik-baik saja. Waktu balik hujan dah mula reda, syukur. 



19 comments:

  1. kuantan pun boleh kata hari2 dah petang bawa ke malam hujan lebat...agaknya faktor umur juga kan PH,saya pun kadang ada rasa panic attack ni walau tak teruk&masih boleh kawal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga sini pun, kerap hujan sekarang ni
      Mungkin juga sis, faktor umur...

      Delete
  2. sungguh lebat hujan semalam. balik kerja, tgk paras air sg gombak berhampiran LRT Bandaraya dah menghampiri tebing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, banyak tempat juga air naik/bertakung... Lebat dan lama hujannya.

      Delete
  3. Bawa seorang sahaja kan.
    Alhamdulillah tiada apa-apa.

    ReplyDelete
  4. nanti check bp selalu Ina. takut jadi mcm kami. dulu mmg mudah ngat kena anxiety attack, panic attack. laluan dulu2 kala mek ara n abg long sekolah rendah. skrg dah tak amik dh. keta pun dh takde. hihihi. tenang2 aja order grab or so car kalau nk ke mana2. aih..rindu betul sraisc. barang yg lepas jgn dikenang. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, lama tak check BP. Mentang² sihat je kan, take things for granted la huhu ...
      Jom arrrr lepak @ parking gate B tu hahaha...

      Delete
  5. LD pun dua tiga hari asyik mendung dan hujan di waktu malam tapi tidaklah lebat sangat.
    Bahaya juga panic attack ni PH. Take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Kak Amie.
      Alhamdulillah setakat ni sekali tu je la kenanya. Harap takde lagi lepas ni huhu.

      Delete
  6. Nampak tinggi jugak air banjir tu PH.
    Moga PH tak kena panic attack lagi, risau jugak masa kena tu sorang diri tak ada yang boleh bantu tenangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap sangat tak lagi berlaku sbb bila ingat pun rasa trauma lagi :(

      Delete
  7. ye lebat smlm ujan, dan hari ni jga. semoga dipermudahkan ye urusan Hazel

    ReplyDelete
  8. Lebat sungguh hujan .. Moga PH sentiasa tenang dalam keadaan apa pun . Dapat kawal diri . Bahaya juga kalau panic attack sorang2 ni .risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq CCL 🌷
      Insha Allah, sentiasa cuba utk bertenang dan kawal diri :)

      Delete
  9. bahaya tu, alhamdulillah x de apa2....

    ReplyDelete
  10. Area saya pun sama, semalam hujan lebat sekejap je pun jalanraya dah ditenggelami air kat beberapa kawasan. Teringat tahun lepas ambik budak2 kat sekolah jalan mmg tak nampak abis tenggelam, bawak keta berdebar2 takut salah estimate terjunam masuk longkang besar (sbb tak nampak jalan), satu lagi takut air masuk enjin huhu.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah....Allah lindungi dari kejadian tak diingini
    Perkara yang paling risau ..lagi kalau laluan yg kita tak familiar ..

    ReplyDelete