Dapat sebekas gulai kawah dari Mak Bee tengahari semalam.
"Kuah banyak ni, nanti rebus telur 2-3 biji campur dalam ni...sedap," pesan Mak Bee.
Terus Ummi teringat kalau beli nasi dagang tu selalu nampak gulai ayam atau ikan tongkol diletakkan juga telur rebus.
Alhamdulillah bertambah satu menu berbuka semalam...
Meriah walaupun Ummi cuma masak daging kicap dan sayur campur. Kari ikan tenggiri lauk kelmarin, ayam gunting & sotong ring beli untuk anak³ kunyah balik sekolah (Ummi pun nak jugak, simpan sikit utk berbuka) dan CKT Walid belanja. Penuh meja, alhamdulillah.
Teh tarik Angah bawa balik dari surau, untuk Ummi :) Ada majlis berbuka semalam. Hari ni (10 Muharram) pun ada rasanya sebab selalunya kalau ada hari istimewa untuk berpuasa, surau buat buka puasa ramai², mostly kaum bapak/atok² la...
Teruskan amal soleh kita di Hari Asyura ni... Antaranya bersedekah (berbelanja) khususnya kpd ahli keluarga, berselawat dan perbanyakkan berdoa selain puasa sunat.
Alhamdulillah meriah juadah berbuka semalam... hari ni berbuka apa pulak tu?
ReplyDeleteAlhamdulillah…meriah hidangan berbuka PH sekeluarga.
ReplyDeleteBagus surau buat aktiviti berbuka puasa, menggalakkan orang buat puasa sunat.
Rezeki datang pelbagai bentuk.
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah , meriah juadah berbuka puasa
ReplyDeletedapnya gulai kawah... lama x jumpa.
ReplyDelete